Pages

Thursday, March 17, 2011

Cream Cheese Pandan Chiffon Cake


Cream Cheese Pandan Chiffon Cake

Bahan-bahan

Bahan A

90ml susu segar

60gm cream cheese (za letak 100g, hana ltk 70g)

40gm butter

120gm tepong kek (diayak)

5 biji telor kuning (za n hana pakai 4 biji telur saiz A)

100gm gula kaster

1/2 sudu teh garam

2-3 sudu teh pandan paste

1 sudu teh ovellete (optional)Bahan B

5 biji putih telor

1/2 suduteh cream of tartarLET’S DO IT:

Cairkan butter, campor susu dan cream cheese dan suamkan secara double boiler.

Angkat masukkan gula sedikit2 dan pukul dengan mixer hingga gebu.

Masukkan kuning telor satu demi satu dan pukul lagi.

Masukkan ovellete,pandan paste dan garam kemudian masukkan tepong, pukul sebati dan ketepikan.

Didalam mangkuk lain pukul bahan B hingga kembang dan gebu (soft peak form/ terbalikkan mangkuk telor x jatuh).

Masukkan ke dalam adunan tepong dan kaup balik kan hingga adunan sebati.

Tuangkan ke dalam loyang chiffon.

Bakar pada suhu 150'c selama 45-50 minit mengikut oven masing2. Setelah masak angkat dan sejukkan diredai. Keluarkan kek apabila telah sejuk.

Note: Chiffon kek perlu dibakar didalam oven yang 'warm' untuk mendapatkan hasil yang baik.Panaskan oven sebelum baking.Best regards, ,

10 comments:

  1. hoho... ciskek jugak, sedap nmpk... nnt boleh cuba ;P

    ReplyDelete
  2. gebunya pandan cream cheese chiffon cake ni..perisa pandan mmng kegemaranku....sedapnya...leh cuba ni....tq..

    ReplyDelete
  3. gabungan cheese dan pandan! lemak2 dan wangi bau pandan tuh.. best :)

    ReplyDelete
  4. wah sungguh gebus....sedapnya nanti nk cuba lah...btw tapau ler sepiring rasa yg ady buat ni dulu....hehehe

    ReplyDelete
  5. wow!terliurnya..
    nak try buatlah nanti..tapi hari ni makan kat sini dulu ya..:)

    ReplyDelete
  6. gebus gebasnye kek kak ady nih..kak tapau sepiring ekk...

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..waw gebunye kek..nanti boleh try ni..

    ReplyDelete
  8. Assalam ady,
    waduh lembutnya nampak kek chiffon niii...
    ada lagi tak ni..post kat rumah akak..dah dekat kita kan..hehe

    ReplyDelete