Pages

Monday, March 7, 2011

Ikan Siakap Kukus

IKAN SIAKAP KUKUS


Bahan:

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun oklah.

1/2 camca teh garam

1/2 camca teh tepung jagung

1/2 camca teh lada sulah

3 camca besar jus limau kasturi*

1 1/2 camca besar minyak masak*

1 1/2 camca teh gula*[yang ni saya tak letak pun]

1/2 camca teh garam*

5 biji cendawan- dihiris

1 batang daun bawang cina – dihiris

1-2 biji tomato- dihiris

5 - 10 biji cili merah , dihiris*

1 batang serai, dihiris halus*

1 helai daun limau purut, dihiris halus*

1/2 inci halia muda. dihiris halus*

2 ulas bawang putih, dihiris halus*

1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

LET’S DO IT:

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.

Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.

Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

WISH YOU ALL THE BEST,

Ady greatsword
greatsword_blader@hotmail.com

6 comments:

  1. Ady..
    suka lah masak spesis macam ni.. makan banyak pun kurang gemuk.. hahha

    ReplyDelete
  2. Assalam ady, sedapnya nampak ikan kukus ni..akak minta izin ambik recipenya ya..hubby akak suka ikan kukus2 gini..

    ReplyDelete
  3. salam ady,tumpang makan ikan kukus kat sini..kita tukar dgn rendang siam akak ek?..:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya...akak pun suka ikan kukus2 ni suka ratah gitu jer...hehe

    ReplyDelete
  5. kak ady...daun bawang cina tu camne rupanya??

    ReplyDelete