Pages

Wednesday, March 30, 2011

Kek Buttermilk Marble Trio

Kek Buttermilk Marble Trio


Source :Rozzan

Bahan-Bahan

300 g mentega

280 g tepung gandum

1 sudu besar susu tepung

1 sudu teh baking powder

5 biji telur gred A

1 sudu besar ovallate

250 gm gula halus

100 ml buttermilk

*1½ sudu teh coklat emulco

*1 sudu teh strawberry emulco

½ sudu teh esen rose

Note: *nak letak warna apa pun blh

LET’S DO IT:

1) Sediakan loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci yg telah dialaskan dasarnya dgn kertas tracing/parchment dan diolesi dgn mentega.

2) Pukul mentega hingga kembang dgn speed sederhana (kira-kira 4-5 minit). Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Selepas itu, alihkan adunan ini ke dalam sebuah bekas.

3) Selanjutnya, pukul gula, ovalette dan telur dgn speed/kelajuan yg tinggi selama kira-kira 7-8 minit sehingga adunan naik, kembang dan pekat (seperti adunan baulu).

4) Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan mentega/tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian, masukkan pula buttermilk dan kacau rata.

5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian dibubuh chocolate emulco, 1 bahagian dicampur dgn strawberry emulco dan yg akhir sekali di bubuh esen vanilla dan dibiarkan plain.

6) Tuang aduan secara berselang-seli di dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

7) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar selama kira-kira 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Apabila masak, keluarkan loyang dari oven dan letak di atas redai kek sehingga ia betul2 sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Yours sincerely ,

9 comments:

  1. cantik color dia Ady. guna brand apa ya?

    ReplyDelete
  2. menariknya warna2 kek ni.mesti sedap ni

    ReplyDelete
  3. Ady..kek dan colour yg menawan kalbu..:)

    ReplyDelete
  4. wahh cantik!! terpegun kejap akak nengok...haha dh masuk list dh resepi ni hari tu tapi belum sempat nk buat lagi..rasa yg ady buat ni dulula..hehe

    ReplyDelete
  5. salam ady
    cantik betul kejadian kek ady ni.akak selalu perhatikan,kek2 marble hasil tangan ady memang marvelous betul..

    ReplyDelete
  6. Assalam ady,
    cantiknya warna kek tu..dari jauh dah bersinar2 kat mata akak..ni...hehe..sedap kek ni nampaknya tu.. thanks for the wishes ya ady..

    ReplyDelete
  7. Assalam ady,
    akak tertarik lah dgn kek ni..bak kata kak ayu dr jauh dah bersinar2..mesti rasanya pun sedap kan..akak masuk list dulu ya..

    ReplyDelete