Pages

Friday, June 3, 2011

Daging Badami

Bahan :

1kg daging , dihiris ikut suka hati

½ cawan tairu

1 sudu the kunyit serbuk

2 helai daun pandan , disimpul

5 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

5 cm kayu manis

4 biji bawang besar ,dihiris halus

2 biji lada hijau , dibelah dua jangan putus

1biji lada merah , dibelah jangan putus

1 sudu makan pes halia

1 sudu makan pes bawang putih

5 biji tomato , didadu

2 sudu makan serbuk jintan putih

3 cawan air

½ cawan daun ketumbar(ketepikan sedikit untuk tabur)

½ cawan daun pudina

10 biji badam- dikisar dengan ½ cawan air

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

Cara-Cara :

Gaul daging , tairu , kunyit dan perap selama ½ jam . Sementara itu , panaskan minyak didalam periuk dan goreng daun pandan sehingga wangi .Masukkan pelaga , cengkih dan kayu manis dan tumis lagi selama 3 minit .

Masukkan bawang hiris , lada dan tumis lagi . Setelah layu , masukkan pes halia dan pes bawang putih . Masukkan tomato dan balik-balikkan . Selepas 5 minit , masukkan serbuk jintan putih , daun ketumbar , daun pudina dan satu cawan air . Kacau rata , tutup periuk , kecilkan api dan renihkan selama 10 minit .

Kemudian masukkan daging sahaja , ketepikan dahulu air perapannya . Besarkan api dan gaul daging sehingga sebati dengan rempahnya . Barulah boleh dimasukkan air perapan daging serta dua cawan air dan garam . Gaul rata , tutup periuk dan masak sehingga danging ¾ empuk . Kacau setiap 15 minit .

Tuangkan badam kisar , kacau rata dan masak sehingga dagingnya empuk dan kuahnya pekat .Jangan lupa kacau setiap 15 minit untuk mengelakkan lauk daripada melekat didasar periuk .Apabila daging sudah empuk , kuahnya pekat dan minyaknya naik , padamkan api dan tabur daun ketumbar . Jangan dikacau lagi . Tetapi sebelum menghidang hendaklah digaul dulu .

Yours sincerely,,

6 comments:

  1. Salam bro Ady...

    Daging Badami? belum pernah dengar seblum ni.. nampak mcm rendang kan? ni kalau dpt cicah dengan pulut kuning mesti 'mari' punya ni....

    ReplyDelete
  2. Assalam ady, nampak sedap daging badami ni..ada rasa masam2 ya ady?..mesti lah sedap ni..boleh masuk list ler..

    ReplyDelete
  3. bila nmpk daging ni terasa mcm rugi jer xmkn daging.. huhuhu.

    ReplyDelete
  4. salam ady,biasa org makan daging badami ni dgn nasi minyak ke?akak tak pernah dengar lagi.boleh masuk list nih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum abg ady..
    x perna lg masak daging badami nie... suatu yg menarik n nmpk sedaaap... nnt boleh try nie... :)

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..waw best nampak daging badami..ni lah first time dengar..sedapkan kalau dimakan bersama pulut.

    ReplyDelete