Pages

Saturday, May 7, 2011

Kueh Lapis Nyonya

Source :Rozzan

Bahan A :-)

150 g tepung beras

30 g tepung Hoon Kue (warna asli)

400 ml santan pekat*

160 ml air*(*disatukan)

Pewarna merah secukupnya

Bahan B :-)

180 g gula halus

150 ml air

1/4 camca teh garam

2 helai daun pandan

LET ‘SDO IT:

Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A, kecuali pewarna merah, dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.

Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 3 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 4 bahagian diberi warna merah.

Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian putih dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah), tambah 2 - 3 titik pewarna merah lagi dalam adunan untuk mendapat warna merah pekat, kukus hingga masak. Sambung kukus 12 - 15 minit lagi.

Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!

Yours sincerely,

9 comments:

  1. Salam Ady....

    Cantiknya hasil kejadiam kuih lapis ni...cantik molek je lapisannya.....ingat kak cek masa kekecik dulu....kalau makan kuih lapis ni...mesti tarik selapis demi selapis...sedap makan cam gitu....:)

    ReplyDelete
  2. Assalam Ady,
    cantik ady..cantik kuih lapisnya..lapisannya kemas...potongannya pun nampak licin aje..resepi bro rozzan yg ni akak lom cuba lg..tengok ady wat jadi cantik nnt kak nak try gak lah..

    ReplyDelete
  3. cantiknya kuih lapis ni...kuih kegemaranku..

    ReplyDelete
  4. Hi Ady, cantik dan halus buatanya, Minta Ady drop by PATYSKITCHEN, Kak begitu minat blog and I'm awarding you THE STYLISH BLOGGER, cordially please come and collect your award ya!!!!

    ReplyDelete
  5. Ady...
    Cantik sangat kuih lapis yang Ady buat...malu akak...nak tahu..akak dn anak2 cukup suka kuih lapis ni...tapi akak buat tak pernah jadi secantik kuih Ady...nanti akak nak cuba buat ikut resepi Ady....Insyaallah....

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum Ady

    halus jer lapisan kuih lapis dari Ady ni. kak ct kalau buat suka makan selai2 sampai boleh kopek kuih tu satu2 sebab nak menikmati kesedapan kuih lapis ni. Ady apa juadah istimewa untuk isteri trsayang hari ni sempena hari ibu :D

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ady,

    Waduh cantiknya lapis kuih lapis tu...mmg tip top...nampak sedap lagi...juling mata akak tengok nie...heheheh.

    Ady, mungkin kak Nur salah orang, hanya wajah mereka saja yang sama...setelah mengetahui informasi yang Ady berikan ternyata bukan my friend...huhu...tapi tak apa lah...at least dpt akak flashback kisah lama waktu di primary sch bila terpandang wajah your sis.

    Kak Nur tk pasti boleh ditukar pada tepung kacang hijau atau tidak...maybe you can try, tapi sukatan nya pasti dah berlainan kan? Kak Nur nie bukan nya pandai sangat....heheh.Btw, mana boleh dpt tepung kacang hijau, kak nur cari2 belum pernah terjumpa lagi...atau maybe I terlepas pandang gak nya.If you nak cuba kuih tu tambahkan sedikit lagi sukatan gulanya sebab rasanya kurang manis.

    ReplyDelete
  8. Assalam ady,
    melapis ady rupanya..cantik lapisan nya ady..
    pastti dah habiskan..yah sebab akak datang lambat..huhu

    ReplyDelete
  9. You actually make it seem so easy with your presentation but I find this topic to be actually something that I think I would never understand.
    It seems too complicated and very broad for me. I'm looking forward for your next post, I'll try to get the hang of it!
    Also visit my page :: safe diets

    ReplyDelete