Pages

Wednesday, June 22, 2011

Kuih Chang # 3 ~ Chinese Rice Dumpling ~

Kuih Chang #3


Bahan2:
Beras pulut _ cuci dan toskan [ ady rendam 1 jam]
Daun pandan / Daun buluh kering ( ady guna daun buluh/ rebus dan cuci).
Pengikat Chang _ rendam terlebih dahulu sblm d gunakan.
Bahan2 Inti:
Dada ayam _ [ yang ni ady guna 1kg Daging Tetal direbus sampai lembut dan potong kecil² dan ½ kg daging kisar]
Dried mushrooms _ rendam dan potong kecil ²
Dried chestnuts _ Rebus dan buang sisa kulit yg masih ada
Rebung dlm tin _ hiris kecil²[ady tak letak]
Preserved Vegetable [ady tak letak]
Bawang merah _ cincang halus
Bawang putih _ cincang halus
Serbuk lada hitam
1 sudu besar cili kisar[ yg ni ady tambah nak kasi pedas2 ]
Garam
Kicap pekat
2 sudu besar minyak bijan [ ady tambah ]
**Boleh juga d campur dengan bhn² spt... daging... udang kering... scallops...salted egg yolk... dan terpulang ler kan citarasa masing²
Cara²
1*Panaskan sedikit minyak.. tumiskan bwg merah , bwg putih dan cili kisar hingga wangi.
2*Masukkan daging tetal , daging kisar , mushrooms dan chestnuts... Masak seketika.
3*Campurkan garam, kicap pekat ,minyak bijan dan serbuk lada hitam.
4*Masak hingga bhn² empuk dan sedikit garing.
5*Angkat dan biarkan sejuk seketika _ ketepikan.
Cara² Menyediakan Berasnya:
1*Tumiskan bawang merah dan bawang putih dgn sedikit minyak hingga wangi.
2*Masukkan beras pulut, garam minyak bijan dan kicap pekat. Masak seketika.
3*Angkat
Bungkuskan beras pulut berintikan bhn ² yg telah d masak tadi. Rebus sehingga beras pulut betul2 masak.. Biasanya tidak kurang dr 1 jam 30 min. [ ady rebus 2 jam]
Have A Nice Day,



10 comments:

  1. Assalamualaikum abg ady...
    terima kasih kerana sudi mencuba.. ^_^. harap abg ady suka... n diana x perna bubuh cili kisar.. sedap ek rasanya? nak cuba juga suatu hari versi nie.. Dah berapa kali dah anak2 nak diana buat.. tp hari tu diana kurang sihat.. nnt nak buat juga.. Insyaallah

    ReplyDelete
  2. Salam Ady...
    Pandai Ady membungkus kuih chang...so far mama suka mkn jer buat sendiri blm try lagi

    ReplyDelete
  3. As'salam Ady

    Kak ct pernah makan, tapi melayulah yang buat memang sedap ada rasa umphhh! bila tergigit buah berangan tu..emm sedapnya

    tapi tabik spring kat ady sebab dah mencuba, kak ct mana nak cari daun buluh ni. jiran ujung rumah tu ada pokok buluh bear2 daun dia tapi macam segan nak mintak.. hahaha. bukan apa cari alasan malasssss senang cakap kan.. hehehe

    ReplyDelete
  4. you made this again! sedapnya...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ady,

    so far seumur hidup kak nur tak pernah mkn atau rasa dumpling nie....hehe kira2 jakun gitu...nanti Ady baling kat Woodlands sikit ya?? Hehe....nampak sedap dan pandai Ady bungkus itew rice dumpling.

    ReplyDelete
  6. salam kak ady..seumur hidup mmg eina x penah makan kuih chang ni..apa rasa ye?terasa nak buat..tapi pandai ke eina bungkus kuih tu?confius ni...

    ReplyDelete
  7. Assaall,
    wah tabik spring kat addy!!..
    pandai betul addy membungkus kuih cang ni..
    akak belum pernah buat sendiri..ada lagi tak tu..janagn lupa akak juga ya lepas baling kat knur..baling kat akak juga tau..heheh

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan... tak pernah makan kuih cang ni... apa lagi nak buat... tapi terliur lah pulak bila tengokresepi ni... insyaallah nak cuba lah...

    ReplyDelete
  9. kuih chang lg.. nk ckit!!! jakun xilang lg coz xpenah rasa..

    ReplyDelete
  10. menarik...tak pernah mkn...mesti sedap ni..:)

    ReplyDelete