Pages

Thursday, June 23, 2011

Seafood Pizza/Homemade Pizza # 4

Seafood Pizza


RESEPI DOH BY MALA: http://alamroon.blogspot.com/2011/06/mini-pizza.html

Bahan-bahan untuk doh:

200ml air

300g tepung roti

14g gula

3.5g garam

16g shortening

3g dry yeast

6g susu tepung

Cara-cara (telah di edit dari resepi asal):

1. Satukan semua bahan kecuali air dan gaul sehingga sebati.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat, licin dan lembut.

3. Perap selama 1jam atau naik 2 kali ganda.

4. Tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. [ YG NI ADY BAHAGIKAN 2 JE ] Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit

5. Ambil sebiji doh dan canaikan .

6. Biarkan naik 2 kali ganda.

7. Letak topping kegemaran.

8. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Bahan-bahan topping :

crab meat

Udang

Sotong

Sos Pizza

Capsicum

1 tangkai daun parsley [ dihiris]

Parutan Keju Mozarella

* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Sos Pizza:

1 labu bawang besar } di cincang

2 ulas bawang putih } dicincang halus

2 sudu besar minyak

2 biji buah tomato } dicincang

3 sudu besar tomato puri

2 sudu besar sos tomato

3/4 sudu kecil gula

1 sudu kecil oregano

garam secukup rasa

Cara membuat sos:

Panaskan minyak.

Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu

Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam

Kacau sehingga pekat.

Have A Nice Day,


14 comments:

  1. Salam Ady...
    semlm anak2 buatkan mama diorg pizza bun..hehehe bila tgk kat sini ada pizza pan ..sedap nyer kalau pagi2 gini lagi hujan dpt mkn...hishhhhh!!!

    ReplyDelete
  2. As'salam Ady

    Ya ampunnnn..kak ct kalau dapat makan pizza ni sorang2 pun jadi.. hahaha. badan yang kecil tapi kuat makan adoiii. nampak berselera betul ni ady. nak buat tapi banyak bahan yang tak ada stok. tunggu eh kak ct akan buat juga nanti, insyaAllah

    ada lagi simpan sikit okey :D

    ReplyDelete
  3. wah nak sepotong ady!!!..lebih baik kalau dapat semua tu..heheh ada delivery services tak ni..hantar rumah akak 2 keping ya..sedapnya ady!!!!

    ReplyDelete
  4. Slm Ady...your pizza nmpk lazat sgt la!!!mintak sepotong..

    ReplyDelete
  5. br jer teringin nk mkn.. ady da buat.. maklum ler sini kg xde pizza.. xbole jd nih.. kene menguli la pas ni. coz bm xde.. mozzarela cheese da ade. =)

    ReplyDelete
  6. Salam Ady, baru terserempak dgn dapur Ady nih...byk resepi menarik jkg...akak follow dulu la eh...happy cooking!

    ReplyDelete
  7. Adoiii ady..menggoda betul tgk pizza tuu..:)

    ReplyDelete
  8. sebiji mcm kat pizza hut.. ala teringin dah nak makan pizza nii..hehe

    ReplyDelete
  9. kak ady memang suka buat pizza ek..nak ..nak

    ReplyDelete
  10. wahh dah boleh berniaga pizza dah ni...sungguh menyelerakan...:)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum abg ady...
    pizza!! nampak sgt sedap... rajin abg ady buat sendiri yer.. terliur tgk tau... nak ckit.. kalau dah abis.. nak abg ady buatkan lg.. hehehhehe.. :D

    ReplyDelete
  12. Hi it's me, I am also visiting this website daily, this website is really fastidious and the people are truly sharing fastidious thoughts.
    Feel free to visit my homepage payday loans uk

    ReplyDelete