Pages

Friday, February 1, 2013

Apam Tapai Ubikayu

Apam Tapai Ubikayu 
Resepi by :Dari Dapur Kak Yah

 Bahan-bahannya
 4 - 5 ketul tapai ubikayu(bila dilenyek lebih kurang 1 cawan)
 1 cawan gula(kurangkan sikit bergantung kepada kemanisan tapai)
 2 cawan tepung beras
 2 cawan air
 Sepeket eno
Caranya
 Blender tapai ubi, gula, tepung beras dan air.
 Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
 Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
 Masukkan eno dan kacau.  Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan sehingga hampir penuh.  Kukus selama 10 - 15minit.
 Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam

Happy weekend ahead :)
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

7 comments:

  1. sekarang ni versi apam boleh di buat dari pelbagai bahan mentah..menarik,sebab tak pernah rasa yg apam ubi kayu

    ReplyDelete
  2. Wow! dh lama tak mengapam.... sedapnya nmpk...

    ReplyDelete
  3. nampak sedap..zila x pernah buat..biasa buat apam biasa tu jew..:) gebu

    ReplyDelete
  4. aha la nmpk sedap..dh lma jgak ni xbuat apam..

    ReplyDelete
  5. hu..hu...rajinnya Ady mengapam..gebu...bersarang....mmm nanti free nak cuba buat laa..(bila ye yg free tuu he..he...)rindu kat Ady....

    ReplyDelete
  6. ooooohhh... menariknya resepi, guna tapai ubi kayu..tentu harum bau tapai, ENO tu tambah gebukan apam pula! Sedap...sedap!

    ReplyDelete