Pages

Monday, March 25, 2013

Ayam Penyet

Ayam Penyet 
Sumber : Amy@Senang-senang singgahlah

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
Kobis potong empat segi jika suka
1 biji timun – dihiris nipis
Bahan - bahan untuk rebusan ayam
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
Bahan bertanda* - dikisar 
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata
Cara Penyediaan:-
1. Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2. Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3. Kemudian masukkan garam, gula.
4. Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7. Salut pada ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8. Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut tepung hingga kekuningan dan diangkat.
9. Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,timun,tempe,tauhu bersalut dan sambal.

Paling best ** Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes(digoreng) untuk hidangan ayam penyet.
Untuk Sambal Sedikit minyak masak 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 10 biji Cili padi 10 biji Bawang kecil/merah, hiris 3 biji Bawang putih, hiris 5 biji Tomato, potong 4 5 cm Belacan 2 sudu Ikan Bilis 3 sudu gula merah/secukup rasa 

Cara Penyediaan Sambal :
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum  disajikan. 

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,
                                               
                                         

6 comments:

  1. saya suka makan ayam penyet,tapi tak pernah lagi mncuba buat sendiri..

    ReplyDelete
  2. salamekom pcik..ooo pcik. dtg bwk pinggan nih..blum makan laie...
    Mcik suka laa makanan tradisi lagu nie, tambah ada kangkung lagi suka...

    ReplyDelete
  3. Ady,grenti sedap ni. Kak Ros suka nasi ayam penyet.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Abg Ady,
    Rajinya abg ady ni..siti belum pernah buat lagi...tunggu mood rajin datang

    ReplyDelete
  5. Wah...!!!Ady dah cuba,bertambah sedap bila guna lesung batu...wallah....!!!

    ReplyDelete
  6. Uwaaa...terus lapar tengok set ayam penyet......ayam penyet satu!

    ReplyDelete