Pages

Monday, December 23, 2013

PULUT SERUNDING


PULUT SERUNDING 
NOTE : All images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T STEAL MY PICTURES or IDEAS, it's not cool AND it's illegal!! 
Bahan-bahan :
1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli jer yg dah parut.
200 gm daging cincang (cuci dan toskan)

Bahan Kisar
2 sudu makan udang kering (direndam)
2 batang serai
1½ cm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

5-6 sudu makan gula timbang (hitam)/gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis
600 gm pulut

secukup santan pekat (dari 1/2 biji kelapa) - boleh gunakan santan kotak
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul) 
Cara:
1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Kemudian, masukkan daging cincang dan dibiarkan sebentar. Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.

2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3) Ambil sedikit pulut tadi dan kepal-kepalkan menjadi bebola yg sederhana besarnya. Golekkan ke dalam serunding dan alihkan ke dalam sebuah bekas/pinggan. Buat begini hingga selesai kesemua pulut tadi. Taburkan lebihan serunding ke atasnya.

****Have A Nice Day,,***
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,
                                

6 comments:

  1. Salam Ady..wah rajinnya..x pernah masak camni, takat pulut tanak makan cicah kelapa parut dgn.ikan masin tu adala..haha

    ReplyDelete
  2. wah sangat spesial sbb dihidang begitu rupa.. terbaik

    ReplyDelete
  3. Salam..wahhhhh nampak menarik dan tertarik plak bila masukkan pulut ke dalam cawan macamni....

    ReplyDelete
  4. Salam Ady...sedap nampak pulut serunding tu. Kreatif sangat masukkan berlapis2 gitu dalam gelas. Terbaik (y).

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ady wah menarik...deko pun cantik...

    ReplyDelete
  6. Bekas serunding tu cntik bro ady..beli kt mne erk..serunding mkn dgn lontong.pun ok kn..

    ReplyDelete