Pages

Thursday, October 9, 2014

Fruits Tart...lagi dan lagi....

Fruits Tart
Resepi CMG
NOTE : All images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T STEAL MY PICTURES or IDEAS( Presentation), it's not cool aND it's illegal!a

BAHAN KULIT TART:
150 gram tepung halus
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla
BAHAN KASTARD:
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN
Buah starwberry segar
Buah peach, hiris
(suka hati kita nak letak buah apa2 pun blh ya)
Piping jelly- yg ni ady tak gunakan..
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian. 
UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah peach. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart.  Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

3 comments:

  1. Speechless...sangat cantik, kemas dan teliti pembikinan tart ni..Org yg ada kesabaran yg tggi jer mampu buat ni...
    Mau buat hiasan camni...sayang nk makan hihi..cantik sangat hihi

    ReplyDelete
  2. Amboi2..cantekkknyerr...berseni sungguh hiasannya...mak oii,,,tangan seni aje yang boleh buat macam ni...kalau akak..lama hancusss..hikhikhik..
    Ady tunjuklah step by step cara menghias...paling tidak bagitau guna pisau apa untuk potong buah jadi senipis tu...guna pisau untuk buat hiasan tu ke?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ady mmg berseni ....cantik jer susunan buah tu...

    ReplyDelete