Pages

Thursday, August 25, 2016

Daging Tok

Daging Tok
 NOTE : All images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T STEAL MY PICTURES or IDEAS( Presentation), it's not cool aND it's illegal
 Bahan-bahan:
2 kilo daging (dipotong kiub, jgn kecil sangat)      
5 biji kelapa (santan)… me guna 3biji kelapa
1 ½ sudu besar jintan halus( jintan putih) – me guna 2 sudu mkn jintan halus.. goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.                3 sudu besar biji ketumbar – goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
6 sudu besar jintan kasar ( jintan manis) - me guna 1 sudu mkn jintan kasar ..goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus .
1-2 senduk cili blend (ikut tahap kepedasan anda).
Kerisik-anggaran dalam 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
3 helai daun kunyit – dihiris
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
5 -7 batang serai
2 inci lengkuas

Cara:
1.Masuk semua bahan kecuali daun kunyit,gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk. 2.Perap dengan daging selama 4 jam paling kurang.Nak sedap lagi perap la seharian.
3.Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.
4.Reneh selama 3-4 jam.Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering.                                         5.Kena selalu dikacau supaya tidak hangit dibahagian bawah.
6.Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping kemudian kacau lagi sehingga rata.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


P/s:Resepi Rendang Tok ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak,kerana rempah ratusnya semakin meresap kedalam daging.

No comments:

Post a Comment