Pages

Thursday, September 29, 2011

Ikan Siakap Bakar Tomyam


Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes

IKAN SIAKAP BAKAR TOMYAM

Resipi Asal : Buku Senangnya Memasak Ikan, Chef Hanieliza

Sumber : Kak Zai, Teratak Impian, nOOrsha : http://noorsha.blogspot.com/2011/07/ikan-siakap-bakar-tomyam.html


Bahan A

1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) : ady guna ikan kerapu

2 sudu besar pes tomyam

5 helai daun limau purut

1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi

1 biji tomato (potong 6)

Aluminium foil



Bahan B (Dikisar)

2 biji cili merah

5 biji cili api

3 batang serai

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri - ady tak letak


Cara Membuat:-

1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)

2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.

3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.

4. Perahkan limau semasa menghidang.




Have A Nice Day,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

11 comments:

  1. lapar nasik lah pulak tengok ikan ni :-)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. dah lama dah tak masak ikan siakap macm ni ... sudah smemestinya sedap ;)

    ReplyDelete
  3. ada petua utk ady utk memudah kan kuih lapis dikluarkan dari loyang dlm blog saya (kuih lapis)

    ReplyDelete
  4. As salam Ady..
    Dah lps2 raya nih..lauk2 begini lah yg best!!

    ReplyDelete
  5. assalam Ady..wahh sedap ni...nieza dah pernah cuba buat utk ayam dah dulu.

    ReplyDelete
  6. As salam Ady,
    memang nampak sedappp ikan bakar tu.. sejak2 raya jarang masak ikan... asyik ayam daging... :D

    Thanks singgah dapur maya nurul... Salam kenal..

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum abg ady...
    tgk ikan bakar tu mmg sedap ler abg ady... terus terasa2 kat tekak nie kewangian ikan bakar plak.. sedaaapnya tuu...

    ReplyDelete
  8. nak try buatlah. ada siakap in the fridge. thnx bagi idea.
    jangan lupa hangkut award dari blog kjee ya. tq

    ReplyDelete
  9. Salam..Wahhhh siakap..memang suke, biasa stim/masak 3 rasa jee..len kali boleh gak cuba cara ni..ubah selera....

    ReplyDelete
  10. We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your site offered us with valuable information to work on. You have done a formidable job and our entire community will be grateful to you.
    My website > Wedding Photographer in Yorkshire

    ReplyDelete