Pages

Monday, October 31, 2011

Sotong Masak Pedas Berpetai

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes




Sotong Masak Pedas Berpetai








bahan2

1/2 kg sotong segar jenis yang lembut-bersihkan dan hiris-suka hati nak hiris besar mana-ketepikan
10 tangkai cili kering-cuci dan kisar terus.tak perlu di masak atau di rendam.terus kisar lepas di cuci.masukkan sedikit je air
3 ulas bawang putih-di ketuk ketepikan
1 labu bawang besar-di tumbuk kasar
10 tangkai cili padi Siam-di titik
2 ulas cili besar-di potong kasar
1 tangkai serai-di titik
beberapa helai daun limau purut
beberapa helai daun ketumbar
1 biji limau nipis
1 biji tomato-di potong baji
sedikit sos tiram
sedikit garam
3 papan petai-di kupas dan buang kulit ari
Minyak untuk menggoreng 


Cara

Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan cili kering yang di kisar dan juga serai yang di titik
Bila air cili sudah agak kering,masukkan sotong
Didihkan sebentar hingga sotong mengeluarkan airnya.
Masukkan cili padi dan cili besar juga bawang besar.
Masukkan garam,sos tiram dan daun limau purut
Masukkan tomato dan kacau sebati
Masukkan petai dan hiris limau nipis
Angkat dan tabur daun ketumbar
Sedia untuk di hidangkan..

                                                                                 
Have A Nice Day,br/>
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Thursday, October 27, 2011

Nigella's Chocolate Chocolate-Chip Muffins

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes




  Nigella's Chocolate
Chocolate-Chip Muffins
*
*
*



(recipe souce : adapted from SSB with minor changes)
*makes 12-14 muffins





 250g plain flour
2 tsp baking powder
 1/2 tsp baking soda
 2 tbsp good quality cocoa powder
 170g caster sugar


 150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips)
 200ml milk
 80ml vegetable oil
 1 large egg
 1 tsp pure vanilla extract



Method
 1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).
 2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
 3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.




 4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
 5. Spoon the batter into paper muffin cases.
 6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.





Best regards,,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,




                                 

Tuesday, October 25, 2011

Mee Soto

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes

 
  Mee Soto 

Resepi:  by kak ina kl





Bahan:

500gm mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
100 gm/50 sen taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi 



Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar :
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia

Bahan2 Sampingan/Taburan:
secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)




Peraturan Membuat Kuah Soto:

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto

Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Bubuhkan  sedikit sambal cili padi. 




Yours sincerely,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

                                              

Monday, October 24, 2011

Nasi Jintan Putih & Kari Daging Bombay

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes



Nasi Jintan Putih 

 Sources:-From mesra.net & Shilpa@aayisrecipes.com
SOURCES:- Sources:- Curlybabe's Satisfaction  http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/search/label/Chicken




Bahan2:-
 41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos)
 1 biji bawang besar dihiris nipis
 4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
 2 sudu kecil serbuk jintan putih
 1 sudu kecil serbuk kunyit





4 sudu besar minyak sapi
 2 biji pelaga
 1 inci kayu manis
 2 bunga cengkih
 2-3 daun pandan
 11/2 kiub vegetable stok 





 4-5 sudu besar plain yogurt
 5-6 cawan air-(ikut jenis beraslah ya)
 2 biji cili hijau dibelah tak payah putus
 2 sudu besar susu cair
 garam + secubit perasa 




Cara2:-
 Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu. Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.Biarkan masak macam masak nasi biasa. 






`***********************************************************************
Kari Daging Bombay








Note:  Resepi  asal guna ayam . Ady guna daging.





 Sources 1:-From Mumtaj Begum Omar@Asmah Laili -Mintak Ampun sedapnya
 Sources 2:-From Treat & Trick@myresipi.com




BAHAN A
3 biji bawang besar hiris tipis
2 sb pes halia dan pawang putih
4 sb rempah kari daging
1 sb cili kisar
2 btg cili hijau belah jgn putus 





1 btg kayu manis
1/2 cawan minyak
3 cawan air-
2 biji tomato potong kecil2
segenggam daun pudina ambil daunnya dan cuci 





BAHAN B
1kg daging di potong suka hati
1/2 cawan tairu
2 biji kentang potong baji
garam secukup rasa
air jika perlu




 Cara-cara
 Masukkan bahan A kedlm periuk, kacau rata, tutup periuk dan masak hingga mendidih dgn api kecil.
 Buka periuk, masukkan bahan B dan masak hingga daging empuk tambah air jika terlalu pekat.
 Tambah garam jika perlu, sedia utk di hidangkan dgn nasi, naan atau roti.





Have A Nice Day,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Friday, October 21, 2011

APAM BALIK SERI KAYA

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes



APAM BALIK SERI KAYA


BAHAN A :-)
225 gram tepung gandum
30 gram gula halus1/4 camca teh baking powder
1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
250 ml susu segar (mat guna susu rendah lemak)




BAHAN B :-)
1 biji telur, dipukul sedikit
30 gram gula halus
1 camca besar minyak masak (mat guna mentega cair)
1/4 camca teh soda bicarbonate

BAHAN LAIN :-)
Sedikit marjerin (jika suka)
Seri kaya secukupnya 




CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 A, kacau rata dengan whisk dan perap 1 jam pada suhu bilik.
Masukkan semua bahan2 B ke dalam adunan no. 1 tadi dan kacau rata. Ketepikan sebentar.
Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan ke dalam pan tadi dan ratakan. Masak dengan api kecil, selama 1 -2 minit hingga permukaannya berlubang2 dan kering (mat tutup sekejap dengan tudung periuk).
Angkat dan sapu dengan sedikit marjerin dan seri kaya, sapu nipis sahaja. Lipat dua dan tekan sedikit. Buat kaedah sama dengan baki adunan tadi. Hidangkan untuk minum petang.....Terpenggsannnnnn >_<





Best regards,,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,




                                                       

Monday, October 17, 2011

Steamed Bolu Pandan Gulung

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes



Steamed Bolu Pandan Gulung

Resepi : Bisous ‘a Toi

http://www.bisousatoi.com/2011/10/two-to-go-steamed-bolu-pandan-gulung.html



Ingredients:

5 egg yolk

2 egg white

1/2 tsp emulsifier

60g sugar



70g flour

35g margarine (melted) - i used butter

1 tbsp daun suji water taken fm 10 pcs of daun suji - i used 1/2 tbsp pandan paste

2 drops green colouring

75g serikaya for filling



Method:

Whisk eggs, emulsifier and sugar till thick and fluffy. Fold in sifted flour in several additions and mix it thoroughly. In another bowl add in melted butter. pandan paste and green colouring. Add pandan mixture into ur egg/flour mixture a little at a time and continue to stir till well blended.



Pour batter into a greased 24x24x4 pan that has baking paper. Steam using medium fire for abt 15 mins. Once cooked, take it out of ur pan immediately and spread serikaya on ur cake. Roll it tightly and keep it in ur fridge for an hr bef u slice em.



Yours sincerely,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Friday, October 7, 2011

Kuih Lopes

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


Kueh Lopes

Resepi :-From http://pangkin.blogspot.com/2011/07/kueh-lopes.html

Sumber : kak ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/search/label/Kuih%20Muih



Bahan-bahan:

300 gm beras pulut (boleh dpt dlm 10- 12kpg)

1/2 sk kapur-(Ayu gunakan 2 sudu besar air kapur)

kelapa parut

sedikit garam

daun pisang


~ *Utk air gula*

1 buku gula melaka (dlm 150 gm lah)

100 gram gula merah

beberapa helai daun pandan

1 cawan air-(Ayu gunakan ni)

secubit garam -(Ayu tambah)


Cara-cara:

Rendam pulut dgn air kapur selama 2-3 jam ( Satu jam pun okey ). Toskan beras pulut yg telah direndam.

*Utk air gula* masak gula melaka dan gula merah, masukkan daun pandan yg disimpul. Masak sehingga pekat. Biarkan air gula sejuk.

Siat/potong daun pisang selebar 3 inci.... Ikut sukelah lagi lebar, lagi besar kuih lopes yg akan kita dapat.



Layurkan daun pisang..... Sbb saya tak rajin, saya celur jer sikit ngan air panas....

Buat bentuk segitiga pada hujung daun pisang dan masukkan beras pulut (dlm 2 sb) dan bungkus.... Buat 2-3 kpg dan ikat ( saya ikat pakai getah gelang jer)... Buatlah hingga habis. Pastikan bungkus pulut padat2... kalau tak pulut akan terkeluar atau pecah.....



Rebus kuih yg dibungkus selama 2 jam.... Lagi lama lagi baik.... kueh yg terhasil lebih cantik dan tahan lebih lama...(Ayu rebus dalam pressure cooker, tenggelamkan dan rebus sampai bunyi kuat 5 kali)-anggaran dalam 10-15 minit)



Bila siap rebus..... toskan kuih lopes dan biarkan sejuk......

Dah sejuk buang ler daun pisang tu.... balut ngan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.... makan dgn air gula.....





Have A Nice Day,,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,