Followers

Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Sotong Palembang

Sotong Palembang
Bahan-bahan:
1 kg sotong  -  buang dakwat sotong dan basuh bersih
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik)  ady guna 300ml santan  + 2 sudu makan kerisik.
1 cawan kicap lemak manis)
minyak 
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
5 biji cili padi - ni ady tambah
Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga 
Cara2 Sotong Palembang:
1. Rebus sotong  3 minit dalam periuk, letak sedikit garam. Toskan dan keluarkan sotong. ( kalau sotong saiz besar blh  potong kecil2 )
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan + kerisik.
4. Apabila kuah sudah kelihatan sedikit pekat,masukkan sotong dan gaul .
5. Tutup kuali dan biarkan seketika.
6. Masukkan garam dan kacau sekali-sekala sehingga kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

Happy Mondays!!!!

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Friday, February 3, 2012

Rendang Sotong...mmg sedap gilerr I tell you..

Rendang Sotong…mmg sedap gilerrr I tell you..

BAHAH-BAHANNYA :-)
1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup   
CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,
                                                            

Monday, October 31, 2011

Sotong Masak Pedas Berpetai

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes




Sotong Masak Pedas Berpetai








bahan2

1/2 kg sotong segar jenis yang lembut-bersihkan dan hiris-suka hati nak hiris besar mana-ketepikan
10 tangkai cili kering-cuci dan kisar terus.tak perlu di masak atau di rendam.terus kisar lepas di cuci.masukkan sedikit je air
3 ulas bawang putih-di ketuk ketepikan
1 labu bawang besar-di tumbuk kasar
10 tangkai cili padi Siam-di titik
2 ulas cili besar-di potong kasar
1 tangkai serai-di titik
beberapa helai daun limau purut
beberapa helai daun ketumbar
1 biji limau nipis
1 biji tomato-di potong baji
sedikit sos tiram
sedikit garam
3 papan petai-di kupas dan buang kulit ari
Minyak untuk menggoreng 


Cara

Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan cili kering yang di kisar dan juga serai yang di titik
Bila air cili sudah agak kering,masukkan sotong
Didihkan sebentar hingga sotong mengeluarkan airnya.
Masukkan cili padi dan cili besar juga bawang besar.
Masukkan garam,sos tiram dan daun limau purut
Masukkan tomato dan kacau sebati
Masukkan petai dan hiris limau nipis
Angkat dan tabur daun ketumbar
Sedia untuk di hidangkan..

                                                                                 
Have A Nice Day,br/>
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Saturday, July 30, 2011

Sambal Tumis Sotong Kembang

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


Sambal Tumis Sotong Kembang

Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

http://mamawandiha.blogspot.com/2011/05/sambal-tumis-sotong-kembang.html


Bahan2:

500 gm /2 ekor sotong kembang ~ dipotong kecil, basuh & tos

3 sudu besar gula

garam secukup rasa

aji (jika perlu)

1 sudu kecil (penuh) asam jawa ~ diramas dengan sedikit air ambil jusnya

3 -5 keping daun limau purut [ yg ni ady tambah ]

1 batang bunga kantan – dihiris 2 [yg ni ady tambah ]

150g petai – [ yg ni ady tambah ]

minyak secukupnya untuk menumis

Bahan dikisar halus :

20 tangkai cili kering ~ dikerat & rebus kejap [ ady guna 30 tangkai cili kering ]

5 ulas bawang merah

1 biji bawang besar saiz sedang

2 ulas bawang putih

½ sudu kecil belacan (dilayur/bakar kejap)

2 biji buah keras [ yg ni ady tak letak ]



Cara2 Menyediakan:

1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar. Masukkan daun limau purut dan bunga kantan & kacau2 tumisan sehingga garing, wangi & terbit minyak.

2. Masukkan gula, air asam jawa & sotong. Masak sehingga sotong lembut sambil dibalik2kan. Jika perlu boleh tambah sedikit air. Masukkan garam & aji secukup rasa. Biar sehingga kuah agak pekat lalu masukkan petai. Pastikan secukup rasa & bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak.

Yours sincerely,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Sunday, January 16, 2011

Sotong Tumis Cili Padi

Source : http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

500g sotong - potong ring

* 20-25 biji cili padi - leh campur ngan lada merah jika tk thn pedas

* 5 biji bwg merah

* 2 ulas bwg putih

* 2 sudu mkn ikan bilis

* 1/2 inci belacan bakar

*1/2 inci halia

1 keping kecil asam keping

1 biji bwg besar - dihiris

minyak utk menumis - lebihkan skit dr tumis biasa

air - jika perlu

garam

gula@perisa

Let's Do It:

Cuci sotong n toskan.

Tumbuk bhn yg bertanda *. Panaskan minyak. Tumis cili hingga msk dan naik minyak.

Masukkan sotong, asam keping dan bwg hiris. Gaul rata. klu kering leh tmbh air skit. tp biasanya sotong akan kuarkan air. tak yah letak pon tkpe...nnti banjirr..

Perasakan ngan garam dan gula.jgn msk lama2 nnti sotong liat!

Angkat dah hidangkan.


Have A Nice Day,

Saturday, December 18, 2010

Sotong Masak Lada Hitam


Sotong adalah binatang yang hidup di perairan, khususnya sungai maupun laut atau danau. Sotong boleh ditemu di hampir semua perairan yang berukuran besar baik air tawar, air payau, maupun air asin pada kedalaman bervariasi, dari dekat permukaan hingga beberapa ribu meter di bawah permukaan. Sotong juga merupakan makanan sejenis seafood.Sotong sering kali disalahtafsirkan sebagai cumi-cumi. Keduanya berbeda karena sotong bertubuh pipih, sementara cumi-cumi lebih berbentuk silinder. Selain itu, cangkang dalam sotong tersusun dari kapur yang keras, sedangkan pada cumi-cumi lunak.[sunting]Sotong merupakan makanan utama di wilayah Mediterania dan Asia Timur.Sama seperti seafood lainnya, sotong kaya akan kalsium dan protein tetapi rendah energi. Makanan yang bahan utamanya sotong merupakan sumber kolesterol.Cangkang dalam sotong biasa digunakan sebagai sumber kalsium bagi burung peliharaan.


Sotong Masak Lada Hitam

Sumber: Kak Ummi.  http: //ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/

Bahan:-
500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
1 biji tomato - dibelah 6
Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)

Bahan Tumis:-
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar.
Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
Masukkan garam secukup rasa.
Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.


Best regards, Ady greatsword
greatsword_blader@hotmail.com

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box