Followers

Thursday, August 18, 2011

Chicken Ham Pizza / Homemade Pizza # 5


Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


Bahan Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi

15 g butter

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim

1 sudu kecil garam

180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam

1 sudu kecil yist segera


Bahan-bahan topping :

Chicken ham

Chicken Sosej

Capsicum

Sedikit daun parsley – di hiris

Sos tomato dalam botol secukupnya

Sos cili dalam botol secukupnya

4 camca besar mayonnaise

Parutan Keju Cheddar & Mozarella


* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.



Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.

2. Larutkan gula dan garam di dalam air.

3. Cairkan butter.

4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.

5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.

6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.

7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.

8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.

9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.

10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.

11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.

12. Letakkan 2 atau 3 camca besar mayonnaise, ratakan dan letak pula sos tomato dan sos cili ratakan seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.

13. Taburkan daun parsley di atas topping tadi.

14. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.


Salam Ramadhan,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

8 comments:

  1. As-salam Ady...wahh lama betul Nasya xmakan pizza..bila nengok pizza Ady nie geram la plak. Tapi Ady nak tau x apa yang Nasya paling geram..hmmm dapur Ady tu laa..geram betul Nasya...cantik dan memikat..oven Ady tu melambai-lambai Nasya he..he...he...

    ReplyDelete
  2. alahai... anak-anak memang dok minta pizza. asyik cakap dah lama mama tak buat pizza.:-)

    ReplyDelete
  3. rajin abg ady buat pissa... meriah eksosari pizza tu bang ady... ;)

    ReplyDelete
  4. Salam Ady...amboiii memiza pulak...isshh seksa tekak la tengok...xleh lama2 la duk sini..hehe, akak blk dulu eh. Selamat Berbuka Ady.. :)

    ReplyDelete
  5. - wahhh buka dgn piza yerr...

    ReplyDelete
  6. piza.. meleleh air liur nih tgk.. lama xmenjenguk kt sini.. mcm2 menu da miss nih.. nk sekping piza tu.. nk buat berbuka nti.. hehe

    ReplyDelete
  7. Salam abg edy! lama termengidam dgn cik ham nii tp almaklum lerr sini sume ham tak halal kalau nak ham halal kena order canadian pizza sbb kat situ halal buy 1 free 1 hihihi.... kalau nak buat2 sendirik mcm ni kena guna sosej jer lahh :D

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum abg ady... diana lambat sampai ler... sibuk ckit skg nie... wah ada pizza kat cnie... sedaaapnya... kalu daughter mmg rajin buat ... tp mummy dia nie beli jer... hehhee.. tgk pizza yg abg ady buat nie nmpk sgt sedaaap

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box