Followers

Tuesday, May 31, 2011

Talam Lapis Lumut @ Kacang Hijau

Talam Lapis Lumut

Resipi : Kak Nur Singapore http://fiqah99.blogspot.com/search/label/Kuih%20Muih

Bahan-Bahan

300gm kacang hijau (direbus dan dikisar)

60gm tepung hoen kwe

150gm tepung gandum

250gm gula pasir

1500 mlm santan

50gm tepung beras

1 biji telur

Bahan B

70gm gula merah

Pewarna hijau dan coklat

Cara-Cara

1. Kisar semua bahan A dan bahagikan kepada 2 bahagian

2. Satu bahagian dicampur dengan gula merah dan bubuh warna

coklat dan satu lagi dibubuh warna hijau

3. Kukus selapis demi selapis selama 10 minit selapis

4. Setiap lapis lebih kurang 400ml.


Best regards,,

Monday, May 30, 2011

Asam Pedas Melaka

Resepi : junjs11@myresipi.com

3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)

Bahan kisar:-

3 biji bawang merah

10biji cili kering

1/2 in halia

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih

1/4 sudu teh lada hitam

1/2 in kunyit hidup

2 ulas bawang putih

LET’S DO IT:

@ 1/2 bawang besar-hiris

@ 1/4 sudu teh biji sawi

@ 1/4 sudu teh halba

@ 2 tangkai daun kari

air asam jawa secukupnya

air secukupnya

1 biji tomato-potong2

5 biji kacang bendi

1 serai-diketuk

1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya

minyak masak

garam dan gula jika suka

Cara-cara

panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.

masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.

masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.



Yours sincerely,

Wednesday, May 25, 2011

Bubur Putih Bubur Merah untuk Hari Lahir Ku

Hari ini 25 MAY genaplah umur ku yang ke 42 tahun. Ya ALLAH, aku bersyukur kepada mu kerana engkau telah memberi peluang untuk ku terus hidup DAN bernafas…”Ya ALLAH aku bersyukur kepada mu kerana masih panjangkan umurku sehingga hari ini… Aku bersyukur kepada mu Ya ALLAH kerana sentiasa memberi kemurahan rezeki kepada ku dan keluarga ku Ya ALLAH….. aku memohon kepadamu yaallah berilah aku kesihatan ya allah…. DI sini aku nak ucapkan jutaan terima kasih dan kasih sayang kepada IBU& AYAH ku kerana telah melahirkan aku ke dunia ini ....segala pengorbanan dan jasa ibu dan ayah ku takan dapat aku balas walau pun dengan segala yang ada di dunia....takan dapat walau untuk setitis pun air peluh yang ibu ayah korbankan untuk ku.....

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA DIRI KU: ADY GREATSWORD


Bubur Putih Bubur Merah

Bahan-bahan

300 gm beras pulut-di cuci bersih

4 ketul gula melaka-di masak dgn 1 mangkuk air n di tapis

200 ml-1 kotak kecil santan

2 sudu mkn gula pasir-optional

1 sudu teh garam

4-5 helai daun pandan

Secukup air utk tanak pulut

Cara-cara

Tanak pulut dgn secukup air hingga kembang dan masukkan juga daun pandan.

Masukkan santan,masak hingga sebati dan asingkan 5 senduk pulut ke dlm mangkuk n tambah garam ke dlm(mangkuk)kacau rata. Masukkan gula melaka ke dlm pulut selebih nya kacau rata,kalau kurang manis tambah gula pasir. Apabila sudah masak sendukkan bubur pulut merah tadi ke dlm mangkuk dan senduk sedikit bubur pulut putih bubuh di atas nye.Dah siap utk di santap.

Have A Nice Day,,,

Monday, May 16, 2011

KERUTUB IKAN TONGKOL

SOURCE: http://seleraputeri.blogspot.com/

Bahan-Bahan

1 ekor ikan tongkol [ ikan apa pun blh]

1 1/2 cawan santan

1 sudu kecil serbuk kunyit

minyak secukupnya untuk menggoreng

1 keping asam gelugor

3 helai daun limau purut

garam secukup rasa

gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus

3 sudu besar cili siap kisar

8 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 batang serai

3 biji buah keras

LET’S DO IT:

Ikan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Goreng sehingga kuning tetapi tidak terlalu garing.

Panaskan minyak anggaran 2 sudu besar, tumiskan bahan kisar selama 5 minit atau sehingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan santan dan daun limau, biarkan mendidih sebelum memasukkan ikan yang telah digoreng tadi.

Perasakan asam, garam dan gula.

***selain gula pasir, gula perang juga boleh digunakan utk membangkitkan rasa lemak.

***jika tiada buah keras, boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk badam....sebab saya pernah terbaca di ruangan kesihatan, buah keras punya kolestrol berbanding badam yang lebih berkhasiat.

Best regards,,

Saturday, May 7, 2011

Kueh Lapis Nyonya

Source :Rozzan

Bahan A :-)

150 g tepung beras

30 g tepung Hoon Kue (warna asli)

400 ml santan pekat*

160 ml air*(*disatukan)

Pewarna merah secukupnya

Bahan B :-)

180 g gula halus

150 ml air

1/4 camca teh garam

2 helai daun pandan

LET ‘SDO IT:

Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A, kecuali pewarna merah, dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.

Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 3 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 4 bahagian diberi warna merah.

Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian putih dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah), tambah 2 - 3 titik pewarna merah lagi dalam adunan untuk mendapat warna merah pekat, kukus hingga masak. Sambung kukus 12 - 15 minit lagi.

Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!

Yours sincerely,

Friday, May 6, 2011

Prawns with Thyme and Lemon


500gm prawns, with shells

2 cloves garlic

2 Tbsp finely chopped onions

1 loosely filled Tbsp thyme leaves

1 tsp lemon zest

¾ tsp salt

Olive oil for cooking

1. Clean prawns and snip off the legs and half the head(until past the eyes) with scissors. Pat dry prawns.

2. In a hot wok, put in 2 Tbsp olive oil and slide in the prawns. Let them spread out around the wok and do not move them until the underside looks pink. Flip them and let them cook until curled up and pink all over. It should smell wonderful. Dish up set aside, try not to take up the oil.

3. In a clean wok, Heat 2 Tbsp olive oil and put in onions and garlic. Cook until garlic is fragrant, then put in lemon zest and thyme. Put in salt and cook for a while until it smells fragrant.

4. Put prawns back into wok and toss for about 20 seconds.

5. Dish up and serve.

Yours sincerely,




Tuesday, May 3, 2011

Pulut Kuning / Majlis Persandingan Hamidah & Kamal

As-salam , selesai sudah majlis persandingan kakak tercinta Hamidah & Kamal, pada hari Sabtu 30 april yang baru lalu dengan lancarnya.Syukur Alhamdulillah……. Oklah…jom layan gambar yang sempat ADY petik pada hari tersebut DAN resepi Pulut Kuning yg Ady buat khas untuk kakak tercinta…..








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-bahan

1 kg beras pulut [ dibasuhkan]

3 keping asam keping

2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan

air secukupnya untuk merendam pulut..

daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]

1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]

garam

gula



LET ‘S DO IT:

1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam

untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya

beras pulut ini rata warna kuningnya]

2. Toskan beras pulut dalam tapisan.

3. Panaskan kukusan.

4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan.

5. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.

6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.

7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.




8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.

9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.

10. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.

11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.

12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.





Best regards,
http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box