Followers

Thursday, February 2, 2012

Seri Muka Gula Melaka

SERI MUKA GULA MELAKA


Bahan-bahan Lapisan Bawah :
1 cawan beras pulut
1 1/4 cawan santan cair
1/2 tsp garam
Cara-cara :
Basuh beras pulut dan toskan.
Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
Kukus sehingga masak.
Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.
Bahan-bahan Lapisan Atas :
200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur
1 Tbsp tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1/2 tsp garam
Cara-cara :
Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.

Yours sincerely

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,, 

                                             

21 comments:

  1. asslm...sedapnya kuih bile letak gula melaka kt ats...tq resepi...leh cuba nti...

    ReplyDelete
  2. cantik n nampak sedap serimuka ni..kuih feveret family eina ni..

    ReplyDelete
  3. singgah sini nak rasa kuih serimuka Ady, ada lagi ke tu..nmpk sedap sangat...

    ReplyDelete
  4. Salam Ady..tinggalkan untuk sedikit...blik keje nanti akak singgah ambik

    ReplyDelete
  5. Salam Abg ady,
    ni fav umi ni..tak kira warna bahagian atas tu hijau atau coklat..tak pernah tolak..nak seketul boleh?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..
    pagi2 nampak seri muka. teringin nak makan. tapi kalau buat slalu tak berapa menjadi tang pulut tu. tumpang tengok jela kat sini ye. ;-)

    ReplyDelete
  7. assalam bro ady.....
    lama sy tak buat serimuka gula melaka ni... cantik potongannya. biasa kalau buat mesti serimuka pandan.. kalau sebelah pantai timur ada sejenis kuih serupa ini juga tp namanya 'tok aji serban' hehehe.. beza cuma penggunaan telur yg lebih untuk lapisan atasnya... coz org pantai timur kuih2nya terutama kuih2 tradisi yg manis2 mmg byk guna telur...

    ReplyDelete
  8. nak buat mende ni la x pass lagi sampai sekarang...bab kukus pulut ni memang fail sikit...adeh! tp seri muka abg ady nampak padat, cantik je bila potong

    ReplyDelete
  9. Pagi Adi.. masih ada lagi kah serimuka nya. ini kuih fav nya hubby.tapi selalu nya beli atau kakak ipar yang buat..hehe

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum Ady..
    Wahhhhh!!!cunnya kuih seri muka gula melaka dia... Cantik pulak tu potongannya.. Memang cermat orangnya Ady ni.. Untung wife Ady...

    ReplyDelete
  11. salam ady...bestnya kui serimuka tu, akk belum pernah lg buat serimuka gula melaka tu tp serikaya pernah la...mgkn rasa dia seakan akan kot, cuma serikaya tu bnyak telur...

    ReplyDelete
  12. salam ady,
    warhhh...cantiknye kejadian seri muka gula melaka ni. aritu ada gak buat tapi x jadi...lembik heheheh..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum abg ady...
    tak tahan tgk seri muka gula melaka tu abg ady... nampak sedap sgt... cantik pula tu... sedaapnya..

    ReplyDelete
  14. Salam Ady,cantek sangat kejadiannya kuih seri muka tu...memang berseri-seri la..gue mau ambik sepotong..boleh kah?

    ReplyDelete
  15. slm..ady..

    tengok kuih tu dah menggoda betul.. rasa skarang nak g bli kat kedai.. nak buat..M.a.L.a.S.. delivery boleh?.. :)

    ReplyDelete
  16. salam....sedapnyer tengok kuih tu...setakat nie xpenah buat lagi...

    ReplyDelete
  17. As'salam Ady

    datang dah malam2 ni baru ni dapat menyinggah. sedapnya kuih seri muka gula merah. k.ct masih belum pernah buat lagi. teringin juga nak mencuba ni Ady. bila ada kelapangan nanti nak jugalah merasanya.

    ReplyDelete
  18. Aslmkum Ady. serimuka melaka nampak menarik....kalau kuih muih berasaskan pulut mmg kegemaran.

    ReplyDelete
  19. kalau la dpt seketui dua ni...sedapnyer ady..nk buat pon ada yg suka & ada yg kureng suka...

    ReplyDelete
  20. Kalaiu nak buat bahan2 mmg sedia ada.... cuma lum rajin cam Ady!

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box