Followers

Sunday, January 31, 2016

Seri Muka

Seri Muka

NOTE : All images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T STEAL MY PICTURES or IDEAS( Presentation), it's not cool aND it's illegal

Oleh : Surianti Ramli

Lapisan bawah
2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan
1 cawan santan
1 cawan air
Secubit garam
-panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang.

Lapisan atas
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama air, tapiskan)
1 1/4 cawan santan
Beberapa titis pewarna hijau
-satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan.
-masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin.

Cara :
Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis. Kukus selama 40 minit. Matikan api.


*penting : tunggu serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4 - 5 jam baru dipotong. Kalau potong semasa panas, akan jadi lembek bahagian atasnya.

1 comment:

  1. rajinnya addy mmpk cantik sngt serimuka tu berseri2 lah

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box