Followers

Friday, July 21, 2017

Bingka Sukun

Bingka Sukun
Resepi: Kak Am
Bahan2:

450-500g buah sukun [yg dah agak lembik & tak boleh digoreng] (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air) guna sukatan air dibawah
4 biji telur
200g tepung gandum
180g gula
300ml santan
150ml air
1 sk (sudu kecil) garam
sedikit vanila
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan utk tabur
 50g butter - yg ni ady tambah

Cara2:
Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentel atau
boleh juga diblender
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
(kalau utk loyang lebih baik alaskan dgn kertas minyak & lenserkan majerin-utk senang dikeluarkan kelak)
Tuangkan adunan & tabukan bijan
Panaskan oven terlebih dulu dan bakar dgn suhu 180°c (ikut oven masing2) sehingga 40-45 minit atau nak lebihkan garing pun boleh..
Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. Selamat mencuba..!
http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box