Followers

Showing posts with label : Telur. Show all posts
Showing posts with label : Telur. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Arab in the pool ( Kacang pool )


Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


Resepi : Ibundo http://resipiibundo.blogspot.com/

Arab in the pool ( Kacang pool )


Bahan2:

2 tin kacang foul (ganti dengan baked beans kalau tak ada)

500 gm daging kisar

100 gm butter (boleh tambah kalau tak cukup) atau 1 tin kecil minyak sapi

3 ulas bawang putih*

1 biji bawang besar*

2 cm halia*

4 sudu besar rempah briyani

Bahan sampingan:

beberapa biji telur digoreng mata kerbau

2 biji bawang besar didadu

5 biji cili besar hijau dihiris (buang biji)

limau kasturi


Cara-cara:

1. 1 tin kacang foul/baked beans di kisar bersama airnya. 1 tin lagi dilenyek kasar.

2. Blender bahan yang bertanda*

3. Panaskan butter. Tumis bahan kisar. Bila wangi, masukkan rempah briyani dan daging kisar. Kacau dan biarkan air daging kering.

4. Masukkan baked beans. Rasakan garamnya.

5. Kuah jangan terlalu cair. Padamkan api bila rasa kepekatan dah cukup. Jangan terlalu pekat.

6. Siap.


Hidangkan kacang pool bersama roti arab( ADY GUNA ROTI PERANCIS) , telur goreng, bawang yang didadu dan cili potong. Cara makan: masukkan kacang pool ke dalam pinggan, letakkan telur di atasnya, taburkan dengan bawang dan cili dan nikmati bersama roti . Ada orang suka curahkan minyak sapi yang telah dicairkan ke atas kuah. Takoooot weh.



Best regards,,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Wednesday, June 15, 2011

Tahu Masak Taucu

Tahu Masak Taucu

Bahan-bahan :

4 keping tahu yang besar, dipotong dadu selebar 1 inci

4 keping tempe - dipotong selebar 1 inci

12 ekor udang, dikupas kulitnya

10 batang lada hijau atau lada merah, dipotong 3

5 biji bawang besar, dihiris bulat

2 ulas bawang putih, dihiris

2 batang serai, dititik

1 botol taucu, dicuci, toskan dan ramas kasi hancur sedikit

10 biji telur puyuh -(direbus)

2 cawan air

2 inci belacan

asam jawa, sebesar setengah telur ayam

garam secukup rasa

gula secukup rasa

serbuk perasa jika suka

minyak untuk menumis

LET’S DO IT :

Panaskan minyak dalam kuali. Tahu dan tempe yang telah dipotong dadu selebar 1 inci, digoreng. Jangan goreng terlalu garing cukup sekadar ia kekuningan sedikit. Angkat dan ketepikan.

Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas sehingga rata. Ketepikan.

Minyak yang telah digunakan untuk menggoreng tahu tadi boleh kita gunakan untuk menumis. Masukkan serai yang telah dititik bersama bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis sehingga bahan-bahan naik baunya.

Masukkan taucu yang telah diramas dan juga udang. Gaul rata dan masukkan juga bancuhan air asam dan juga belacan yang telah disediakan tadi. Masak selama 5 minit pada api sederhana supaya rempahnya bangkit.

Kemudian masukkan garam (jangan terlalu banyak) sebab taucu pun dah ada rasa masin, serbuk perasa, gula dan juga telur puyuh ,tempe dan tahu yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan ia mereneh supaya kuahnya menyerap dalam tahu selama 5 – 10 minit. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Nota: Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi hijau. Lauk ini kalau disimpan semalaman dan dipanaskan rasanya lagi umppph.. Selamat mencuba.

Yours sincerely ,

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box