Fishball atau bahan2 yong tau foo
Pes bawang putih dan pes bawang merah
Kiub ikan bilis Maggie
Bawang goreng
Daun sup
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Sos cili thai ataupun cili padi merah hiris dan tuangkan kicap cair
LET DO IT:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis pes bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan pula kiub ikan bilis Maggie secukupnya, hancurkan dan tumis sekejap. Kemudian tuangkan air secukupnya (ikut banyak mana sup yang anda hendak sediakan).
3. Masukkan garam dan bila kuah mendidih, masukkan bahan-bahan yong tau foo atau fishball/ crabmeat dan biarkan ia reneh selama 5 minit. Sup pun dah siap.
1. Masukkan bahan yong tau foo kedalam mangkuk, tuang sup yong tau foo. Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup jika mahu.
2. Hidangkan bersama sos cili thai atau pun jika mahu cili padi merah yang telah dihiris dan tuangkan kicap cair.
Nota: Bila anda menumis pes bawang putih dan bawang merah, hendaklah tumis sehingga ia betul masak dan bangkit baunya baru supnya jadi powerrr!
Ady greatsword
greatsword_blader@hotmail.com