Followers

Monday, January 10, 2011

SUP YONG TAU FOO

Bahan-bahannya

Fishball atau bahan2 yong tau foo

Pes bawang putih dan pes bawang merah

Kiub ikan bilis Maggie

Bawang goreng

Daun sup

Garam secukupnya

Air secukupnya

Minyak untuk menumis

Sos cili thai ataupun cili padi merah hiris dan tuangkan kicap cair


LET DO IT:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis pes bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

2. Masukkan pula kiub ikan bilis Maggie secukupnya, hancurkan dan tumis sekejap. Kemudian tuangkan air secukupnya (ikut banyak mana sup yang anda hendak sediakan).

3. Masukkan garam dan bila kuah mendidih, masukkan bahan-bahan yong tau foo atau fishball/ crabmeat dan biarkan ia reneh selama 5 minit. Sup pun dah siap.

Cara untuk menghidang

1. Masukkan bahan yong tau foo kedalam mangkuk, tuang sup yong tau foo. Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup jika mahu.

2. Hidangkan bersama sos cili thai atau pun jika mahu cili padi merah yang telah dihiris dan tuangkan kicap cair.

Nota: Bila anda menumis pes bawang putih dan bawang merah, hendaklah tumis sehingga ia betul masak dan bangkit baunya baru supnya jadi powerrr!

Yours sincerely,

Ady greatsword
greatsword_blader@hotmail.com

Wednesday, January 5, 2011

Kek Alunan Kasih

Bahan2

5 Biji Telur

1 ½ cwn Planta

2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)

2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)

1 sudu kecil baking powder

½ cwn susu cair

**1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)

*Sebuk koko (secukupnya)

*Pewarna Pink dan Kuning (resipi yg asal warna hijau n kuning ,sy buat pink n kuning)

*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

LET DO IT:

Pukul planta dan gula smpai kembang...

Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang

Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..

Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna kesukaan anda.

CONTOH: ( warna pink dan warna kuning)

Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..

Then masukan lapisan kedua..warna kuning..ratakan perlahan2..(jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..

Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…

Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

- Mungkin boleh masukan adunan ke dalam piping bag/ising decorator..supaya dpt buat lapisan kek yg nipis2…

Selamat Mencuba...

Yours sincerely,

Tahu Goreng

Tahu memang sudah tidak asing lagi bagi kita terutama masyarakat melayu dengan rasa yang lezat , mula dari digoreng biasa hingga diolah menjadi masakan jenis lainya. Tidak semua tahu diproses dengan bahan berbahaya tersebut, terbukti masih ada saja tahu yang dibuat secara alami.

Di balik kelezatannya, ternyata tahu menyimpan khasiat medis tersendiri. Sebuah studi oleh tim medis dari Kanada membuktikan bahwa tahu dapat menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Selain menurunkan kolesterol, tahu juga terbukti dapat mencegah Cancer payudara.

Bahan-bahan

4 keping tahu biasa

1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang

100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur

1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang

4 ulas bawang putih*

5 - 6 biji cili padi*

200 g kacang tanah*

3 - 4 camca besar gula melaka*

3 camca besar kicap pekat*

1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*

Sedikit air*(*bahan sos kacang)

LET DO IT:

Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.

Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.

Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

Yours sincerely,

Tuesday, January 4, 2011

Sizzling Mee


Inilah dia Yee Mee

SIZZLING YEE MEE by : Scubit Garam

bahan2:

2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan

5 ulas bawang putih

5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4

1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa

1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)

3 biji cili kering- potong 2

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

1/2 in halia- hiris nipis

Serbuk lada hitam

garam- secukup rasa

Beberapa titik Minyak bijan

1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air

sedikit minyak utk menumis

LET DO IT:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.

Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.

Masukkan 2 cawan air.

Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.

Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.

Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...

Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Yours sincerely,

Monday, January 3, 2011

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, siput mata merah merupakan sejenis kerang-kerangan siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar,. Nama sainsnya adalah Cerithidea obtusa.


Bahan A:

1 kg siput sedut - potong belakangnya dan bersihkan

500G santan pekat + air

1 batang serai

2 helai daun limau pUrut

1 helai daun kunyit - disiat

1 sudu garam kasar/ secukup rasa


Bahan Kisar:

20 tangkai cili api - tambah atau kurangkan ikut citarasa pedas

2 bawang besar

4 bawang putih

1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit

LET DO IT :

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sekali sekala sehingga mendidih.

2. Masukkan santan pekat sambil dikacau sekali sekala sehingga mendidih.sekali lagi.

3. Masukkan siput, masak sampai siput masak.

4.Angkat dan hidangkan bersama nasi.

ALL THE BEST,





Sunday, January 2, 2011

Sambal Goreng Udang

Bahan2:

8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)

4-5 ulas bawang kecil

2 ulas bawang putih

Udang Segar (saiz mengikut keperluan)

Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)

Minyak untuk menumis, gula, garam..

(Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)

1 Labu Bawang Besar-Dihiris

Let DO IT!:

1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..

2- Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar.. 3-Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..

4- Jika suka masukkan petai..

5- Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)

Hidangkan..

ALL THE BEST, Ady greatsword

greatsword_blader@hotmail.com

Saturday, January 1, 2011

FRUIT GATEAU




Bahan2 A:

5 biji telur

280g tepung Optimah

1 sudu teh ovalette

Bahan2 B:

1 tsp esen vanilla

100ml butter cair

Let DO IT!:

* Pukul bahan2 A dalam mangkuk pengadum

* masukkan bahan2 B dan gaul hingga sebati

* tuangkan ke dalam tin pembakar berukuran 11” x 11”

* bakar dalam oven pada suhu 180darjah selsius selama 40 minit.

Menghias Kek:

putar 400ml krim bukan tenusu dalam mangkuk pengadum

campur warna dan perasa yang andai ingini

hias mengikut citarasa buah-buahan pilihan andai

Wish U ALL THE BEST,

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box