Followers

Wednesday, August 17, 2011

Chicken Vege Puff Pastry



Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


Puff Pastry

Note: Kalau yg tak nak buat puff pastry sendiri, blh beli yg dah siap ( puff pastry Kawan).. tapi ady suka buat sendiri …


Bahan2:

500g tepung gamdum

50g marjerin pastry

250ml air

15g garam

+/- 400g margerin pastry

LET’S DO IT:

Gaul 50g margerin pastry dgn tepung

Campur air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh

Rehat kan doh 20min

Canai doh tadi setebal 1cm dan letakkan margerin pastry di atas doh yg dicanai.

Lipat doh dan canai semula

Simpan dalam peti sejuk1 jam

Keluarkan didalam peti sejuk dan ulang canai 2-3 kali

Simpan di dalam peti sejuk 4 jam sebelum digunakan

Canai semula setebal ½ cm dan potong/ mengikut kesukaan.


****************************************************************

Chicken Vege Puff Pastry

RESEPI BY : dapur ibundo http://resipiibundo.blogspot.com/2011_07_01_archive.html

Inti ni kalau nak buat inti karipap pun takde hal. Boleh je. Yang ini ikut kesukaan masing-masinglah. Tapi kalau nak ikut resepi bundo pun no hal jugak.


Inti: Bahan2:

2 ketul dada ayam dipotong dadu

1 biji ubi kentang dipotong dadu

1/2 batang carrot dipotong dadu

1 labu bawang besar dipotong dadu

1 ulas bawang putih dicincang halus

1/4 capsicum hijau dipotong dadu

1/4 capsicum merah dipotong dadu

1/2 batang celery dipotong dadu

1/2 biji tomato dipotong dadu

sedikit lada hitam [ ady lebihkan nak yg pedas2 ]

1 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar butter

Sedikit fresh rosemary – dihiris [ yg ni ady tambah ]

Sedikit fresh thyme-dihiris [ yg ni ady tambah ]

Sedikit fresh oregano –dihiris [ yg ni ady tambah ]

sedikit air

Cara-cara:

Tumis bawang putih dengan menggunakan butter. Bila naik bau masukkan tepung gandum. Kacau. Apabila berbuih, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu adunan yang pekat dan tidak berketul. Apabila masuk air, adunan mestilah dikacau cepat cepat. Kemudian masukkan ayam. Bila sebati, masukkan, rosemary, thyme , oregano dan bahan lain kecuali tomato. Rasakan garam. Sebelum matikan api, masukkan tomato. Ketepikan sehingga suam.

Keluarkan pastry kawan dari peti ais sebaik mahu menggunakannya. Ambil sekeping yang agak-agak sudah boleh digunakan dan gelek sedikit dengan penggelek. Letak inti di tengah-tengah. Ambil keempat-empat hujung pastry dan kumpulkan di tengah. Ikat dengan tali dan betul-betulkan kelopaknya. [ yg ni ady tak buat macam bundo, ady buat macam biasa aje..]

Sebelum dimasukkan ke dalam oven, sapu permukaan pastry dengan telur yang dikocok dengan sedikit air. Bundo bakar dalam oven 150 deg selama 25 minit. Oven bundo tak boleh lebih daripada 150. Kalau lebih, mesti rentung.

Bila sudah masak, biarkan sejuk sedikit dan gunting tali pengikat.


Salam Ramadhan,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

10 comments:

  1. - pastry kawan dah lama dlm peti es...hehe bole la cube resepi en ady nih...

    ReplyDelete
  2. wow ady! x tahan tgk lapisnya tu .. sedapnyaaa nampak

    ReplyDelete
  3. Salam abg edy! waduhhh waduhhhhh tgk dia punyer layerrr ituuu buat kita tak tahan nak merasa, tp kat siam ni yg ada paratha jenama kawan jerrr yg puff pastry ni dia org tak ambik agaknyer tak pernah jumpa, kita tgk ajerr lah kalau org buat benda2 yg berkaitan puff pastry niii :D

    ReplyDelete
  4. Assalam Bro Ady....

    Rajin tullah bro.... Ni kalau dah makan puff ni... dah makn lainlah... makan dia ajer....

    ReplyDelete
  5. Assalam ady..wah!!!!!!!!!!! tabik kat ady buat pastry puff sendiri ya..bukan main berlayer2 cantik lah..akak ada beli juga pastry margarine..tahun lepas kot?..samapai sekarang dalam fridge..hahaha..tak sanggup nak mengguli ..
    akak dah jumpa dah pastry puff yang jenama kawan tu kat jb..

    ada lagi tak ady vege puff mu itu..tinggal kan akak dalam 10 ketul ya..haha

    ReplyDelete
  6. abg adyyyyy!!!... cantiknya pastry puff tuuu.. tabik spring laaa.... toing... toing... toing... :D... tajin btol la abg ni... ;)

    ReplyDelete
  7. rajinnyer ady buat kulit puff sendiri......ida beli jer yg ready made....malas nk buat sendiri

    ReplyDelete
  8. cantik puff ady tu. Rajin buat. bundo tang keluar masuk petiais tu yang malas tu hehe..

    ReplyDelete
  9. salam ady - dah lama tak bua puff. your puff looked so fluffy!!

    ReplyDelete
  10. Hi, can u please write this in english. many thanks

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box