Followers

Friday, December 9, 2011

Wanton Inti Popia

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes



Wanton Inti Popia 


untuk kulitnya bolehla gunakan kulit popia atau cuba dengan kulit wantan yang berbentuk bulat.
 Masukkan sesudu inti kedalam kulit wanto  dan sapu air pada sekeliling tepinya.Cantumkan macam buat karipap.Siap untuk digoreng dan bolehlah dihidang dgn sos pilihan.
**P.Ros  SinaranMenu **  


Bahan-bahannya
* 20 keping kulit popia
* 4 batang sausage dibelah dua dan potong dadu
* Semangkuk potongan kubis
* 2 batang hirisan carrot
* 1/2 labu bawang besar
* 1 batang daun bawang
* beberapa batang daun kucai
* 1/2 keping pati ikan bilis (jika suka)
* 3 ulas bawang putih hiris halus
* 2 biji telur
* 4 sudu besar minyak masak
Nota: garam tak perlu sebab sausage dah masin dan bila dicicah dgn sos takut lagi masin. 

Cara-caranya
1- Panaskan minyak dan masukkan telur.Kacau telur biar hancur dan masak.Masukkan pula bawang putih dan kacau sebentar.Campurkan potongan sausage dan kacau rata.
2- Masukkan semua bahan sayur dan goreng dengan api kecil.Tambah pati ikan bilis.Bila sayur dah layu sedikit boleh diangkat dan di sejukkan.Buang jus dari bahan- inti sebelum digulung bersama kulit popia.
3- Ambil sekeping kulit popia dan masukkan 1 sudu besar inti dan gulung rapat dan kemas.Boleh lah dikukus atau digoreng. 

Versi goreng:
Panaskan minyak dan goreng terendam popia hingga garing. Toskan minyaknya dan siap untuk dihidang dengan sos pilihan.
Versi kukus :
 Masukkan kaki besi atau sebiji mangkuk kaca kedalam kuali dan masukkan air.Tutup kuali  pasang api dan didihkan air.(nak guna kukusan biasa pun boleh...)
 Setelah air mendidih letakkan pinggan yang berisi popia dan kukus la selama lebih kurang 7 ke 8 minit. Angkat dan siap untuk dihidang bersama cili sos.



Happy weekend ahead :)


Happy weekend ahead :)
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,
                   
         

11 comments:

  1. Pasti krup..krup..kan ady...mesti ranggup nampak pun udah tahu,

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi ady...macam best je wanton inti popia ni...tentu sedap wat sarapan kan?

    ReplyDelete
  3. Pagi Ady,Kak Ros datang nak makan popia.Thank you sudi cuba ya.

    ReplyDelete
  4. As'salam Ady

    Selamat pagi, sejuk juga ker bumi S'pore hari ni. Nampak enak kalau dihidang buat kudap2 dipetang nanti. Tapi tak ada stok kulit popiah lah pulak. Siman dulu resipi kot2 teringin nak buat boleh lihat list tu nanti kan :)

    ReplyDelete
  5. best ni Ady ,akak ade je sepeket kulit wanton yg belum diguna
    :)

    ReplyDelete
  6. wah..meriah tengok intinya ady....sedap ngap ngap nih...hehehe

    ReplyDelete
  7. Assalam ady, intinya sedap bangat ada sosej segala, sedap ni mkn cicah2

    ReplyDelete
  8. salam Abg Ady,
    Macam sedap je...siti tak pernah makan wantan..nanti nak cuba..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum abg ady...
    nampak sedap ler wanton inti popia tu abg ady.. ari tu tergoda kat dapur akak ros skg kat cnie lg.. terliur dah nie..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Ady,

    sedap aah wanton...kak nur anak beranak suker mkn wanton goreng...mesti laju aja kami makan...hahaha.

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum Ady..
    Ermm..nampak garing sangat wanton ni.. Sedap.. Anak2 Naz kalau mknn yg garing2 ni mmg suka dan laju jer dia org makan...

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box