Followers

Sunday, January 16, 2011

Tuna Puff Pastry


Pastry Doh

Bahan2:

500g tepung gamdum

50g marjerin pastry

250ml air

15g garam

+/- 400g margerin pastry

LET’S DO IT:

Gaul 50g margerin pastry dgn tepung

Campur air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh

Rehat kan doh 20min

Canai doh tadi setebal 1cm dan letakkan margerin pastry di atas doh yg dicanai.

Lipat doh dan canai semula

Simpan dalam peti sejuk1 jam

Keluarkandidalam peti sejuk dan ulang canai 2-3 kali

Simpan di dalam peti sejuk 4 jam sebelum digunakan

Canai semula setebal ½ cm dan potong/tesp mengikut kesukaan.

Filling :

Tuna (mengikut kesukaan anda)

Yours sincerely,,

Sotong Tumis Cili Padi

Source : http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

500g sotong - potong ring

* 20-25 biji cili padi - leh campur ngan lada merah jika tk thn pedas

* 5 biji bwg merah

* 2 ulas bwg putih

* 2 sudu mkn ikan bilis

* 1/2 inci belacan bakar

*1/2 inci halia

1 keping kecil asam keping

1 biji bwg besar - dihiris

minyak utk menumis - lebihkan skit dr tumis biasa

air - jika perlu

garam

gula@perisa

Let's Do It:

Cuci sotong n toskan.

Tumbuk bhn yg bertanda *. Panaskan minyak. Tumis cili hingga msk dan naik minyak.

Masukkan sotong, asam keping dan bwg hiris. Gaul rata. klu kering leh tmbh air skit. tp biasanya sotong akan kuarkan air. tak yah letak pon tkpe...nnti banjirr..

Perasakan ngan garam dan gula.jgn msk lama2 nnti sotong liat!

Angkat dah hidangkan.


Have A Nice Day,

Saturday, January 15, 2011

Spicy Tom Yam Steambot


Bahan2:

1 ekor kerangka ayam [potong kecil]

2 batang serai- (diketuk)

1 bawang besar – belah 4

10 biji cili padi (diketuk)

5 helai daun limau purut (koyakkan)

7 sudu besar pes tomyam (yg dalam bottles )

Air secukupnya

1 biji limau nipis (ambil jus)

2 batang daun bawang cina

Cara2nya blh lihat dibawah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yg ni bahan2 sayur dan lain2





Ini bahan2 seafood yg saya letak





Let's Do It:

1. Masukkan semua bahan2 dan renehkan selama 1 jam.

2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan bahan2 yg disukai.



All The Best,


Friday, January 14, 2011

KUIH KOSUI



Bahan2:

1 kg tepung gandum

5 sudu makan choco paste

1 sudu makan kapur di cairkan dengan air

1 kg gula pasir

Air

Kelapa parut yg di gaul dgn sedikit garam dan sehelai daun pandai di kukus.


Let's Do It:

Masak tepung ,gula pasir , air kapur, choco paste dengan air. Kacau semua bahan2 hingga larut. Setelah larut tapiskan . Masukkan bancuhan ini dalam acuan.Panaskan kukusan dan kukus kuih ini anggaran 30 minit.

All The Best,

Asam Pedas Kepala Ikan Mayong (Duri)

Bunga Kantan

Kantan ialah sejenis tanaman ulam tradisional Melayu. Ia dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar di kawasan tanah yang agak lembap. Usaha untuk mempertingkatkan penanaman tanaman tradisional telah dipergiatkan berikutan dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1992 bagi menggalakkan pengeluaran dan penggunaan ulam, herba dan rempah ratus. Bahagian utama pokok kantan yang digunakan sebagai ulaman dan perasa di dalam masakan adalah bunganya.Kebelakangan ini tanaman kantan telah diusahakan secara komersil kerana populariti dan nilainya di pasaran yang telah meningkat.

Nama saintifik untuk kantan ialah Phaeomeria speciosa. Ianya dikelaskan dalam keluarga Zingiberaceae, seperti lengkuas dan halia. Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian empat hingga enam meter.

Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam di kawasan-kawasan yang menakung air.

Pokok kantan boleh ditanam dengan menggunakan rizom atau biji benih. Penanaman menggunakan rizom adalah lebih popular, kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan penggunaan biji benih. Sekiranya biji benih kantan digunakan untuk penanaman, pertumbuhannya agak lambat dan akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil iaitu kira kira dua tahun. Oleh itu, penanaman kantan menggunakan biji benih adalah tidak digalakkan kecuali untuk tujuan pembiakbakaan.

Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan. Kegunaan pokok kantan yang lain termasuk:

Batang - mengubati penyakit bengkak-bengkak

Buah - menambah selera makan

Ubi - perisa dalam makanan

Bunga - bahan gubahan jambak-jambak bunga

Biji - mengubati sakit telinga

Bahan-Bahan:

1 ekor Kepala Ikan Mayong(Duri)

Bahan A :

65 tangkai cili kering

7 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

½ inci kunyit

¼ inci halia

½ inci belacan

2 sudu lada hitam

2 ikat daun kesom

1 batang bunga kantan

1 cawan air asam jawa

Garam

sedikit serbuk perasa

minyak

4 cawan air

sayur bendi (klu suka)

Let's Do It:

Panas kan minyak.Tumbuk lada hitam sehingga lumat, kemudian kisar bahan-bahan A bersama lada hitam yang di tumbuk sehingga lumat, kemudian tumiskan bahan-bahan A tadi sehingga garing, setelah garing masukkan kepala ikan mayong(Duri) tadi masuk sekali dengan air asam jawa , daun kesom dan bunga kantan , tunggu sehingga mendidih sedikit baru masukkan air(jangan terlalu banyak air), kemudian masukkan bahan-bahan perasa.. setelah kuah telah mendidih masukkan sayur bendi(masak jangan terlalu lama).

All The Best,

Monday, January 10, 2011

RICH CHOC PUDDING WITH CHOC EMULCO

Bahan2:

1/2 cawan serbuk koko

2 sudu besar choc emulco

1 1/2 cawan gula

1/2 cawan susu tepung

1/2 sudu teh garam

4 1/4 cawan air

4 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu teh esen vanilla

4 sudu besar butter

1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Let DO IT:

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

Masukkan butter, kacau hingga pekat.

Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

All The Best,


SUP YONG TAU FOO

Bahan-bahannya

Fishball atau bahan2 yong tau foo

Pes bawang putih dan pes bawang merah

Kiub ikan bilis Maggie

Bawang goreng

Daun sup

Garam secukupnya

Air secukupnya

Minyak untuk menumis

Sos cili thai ataupun cili padi merah hiris dan tuangkan kicap cair


LET DO IT:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis pes bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

2. Masukkan pula kiub ikan bilis Maggie secukupnya, hancurkan dan tumis sekejap. Kemudian tuangkan air secukupnya (ikut banyak mana sup yang anda hendak sediakan).

3. Masukkan garam dan bila kuah mendidih, masukkan bahan-bahan yong tau foo atau fishball/ crabmeat dan biarkan ia reneh selama 5 minit. Sup pun dah siap.

Cara untuk menghidang

1. Masukkan bahan yong tau foo kedalam mangkuk, tuang sup yong tau foo. Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup jika mahu.

2. Hidangkan bersama sos cili thai atau pun jika mahu cili padi merah yang telah dihiris dan tuangkan kicap cair.

Nota: Bila anda menumis pes bawang putih dan bawang merah, hendaklah tumis sehingga ia betul masak dan bangkit baunya baru supnya jadi powerrr!

Yours sincerely,

Ady greatsword
greatsword_blader@hotmail.com

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box