Followers

Friday, January 14, 2011

Asam Pedas Kepala Ikan Mayong (Duri)

Bunga Kantan

Kantan ialah sejenis tanaman ulam tradisional Melayu. Ia dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar di kawasan tanah yang agak lembap. Usaha untuk mempertingkatkan penanaman tanaman tradisional telah dipergiatkan berikutan dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1992 bagi menggalakkan pengeluaran dan penggunaan ulam, herba dan rempah ratus. Bahagian utama pokok kantan yang digunakan sebagai ulaman dan perasa di dalam masakan adalah bunganya.Kebelakangan ini tanaman kantan telah diusahakan secara komersil kerana populariti dan nilainya di pasaran yang telah meningkat.

Nama saintifik untuk kantan ialah Phaeomeria speciosa. Ianya dikelaskan dalam keluarga Zingiberaceae, seperti lengkuas dan halia. Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian empat hingga enam meter.

Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam di kawasan-kawasan yang menakung air.

Pokok kantan boleh ditanam dengan menggunakan rizom atau biji benih. Penanaman menggunakan rizom adalah lebih popular, kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan penggunaan biji benih. Sekiranya biji benih kantan digunakan untuk penanaman, pertumbuhannya agak lambat dan akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil iaitu kira kira dua tahun. Oleh itu, penanaman kantan menggunakan biji benih adalah tidak digalakkan kecuali untuk tujuan pembiakbakaan.

Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan. Kegunaan pokok kantan yang lain termasuk:

Batang - mengubati penyakit bengkak-bengkak

Buah - menambah selera makan

Ubi - perisa dalam makanan

Bunga - bahan gubahan jambak-jambak bunga

Biji - mengubati sakit telinga

Bahan-Bahan:

1 ekor Kepala Ikan Mayong(Duri)

Bahan A :

65 tangkai cili kering

7 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

½ inci kunyit

¼ inci halia

½ inci belacan

2 sudu lada hitam

2 ikat daun kesom

1 batang bunga kantan

1 cawan air asam jawa

Garam

sedikit serbuk perasa

minyak

4 cawan air

sayur bendi (klu suka)

Let's Do It:

Panas kan minyak.Tumbuk lada hitam sehingga lumat, kemudian kisar bahan-bahan A bersama lada hitam yang di tumbuk sehingga lumat, kemudian tumiskan bahan-bahan A tadi sehingga garing, setelah garing masukkan kepala ikan mayong(Duri) tadi masuk sekali dengan air asam jawa , daun kesom dan bunga kantan , tunggu sehingga mendidih sedikit baru masukkan air(jangan terlalu banyak air), kemudian masukkan bahan-bahan perasa.. setelah kuah telah mendidih masukkan sayur bendi(masak jangan terlalu lama).

All The Best,

2 comments:

  1. wah menarik asam pedas ni ady...suka bau bunga kantan tu..:)

    ReplyDelete
  2. Hey! Ѕomeonе in my Facеbook group shared this ѕitе with
    us so I came to check it οut. I'm definitely enjoying the information. I'm bookmarking and ωіll bе tweeting
    thіѕ to my fοllowerѕ!

    Wоnԁеrful blog аnԁ gгeat ѕtуle anԁ desіgn.



    Ηеre iѕ my ωeb-ѕite; payday loans

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box