Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes
Bahan untuk sos:
Bawang besar 1 biji - didadu
Bawang putih 2 ulas - dicincang
2 sudu besar chili paste –
500gm mince meat
4 biji tomato - didadu
1 botol bolognese sause (brand Prego )
Garam, oregano herb & black pepper secukupnya
daun parsley dan parmesan cheese – optional
Bahan untuk meatball:
Bawang besar 1/2 biji - dicincang
Bawang putih 1 ulas - dicincang
Mince meat ikut suka berapa banyak
Telur 1 biji
Tepung gandum 2 sudu makan
Garam secubit.
sedikit serbuk lada sulah
- Gaul semua sekali. Bila dah sebati kepal-kepalkan bentuk bulat.
Cara-cara:
Tumis bawang besar,bawang putih hingga layu. Masukkan chili paste, kacau sampai chili masak.
Masukkan mince meat, kacau hingga daging masak.
Masukkan meatball (tapi jangan 'godak' secara ganas ye nanti meatball hancur )
Masukkan bolognese sause dan tomato . Masak hingga tomato hancur.
Masukkan garam, black pepper dan oregano herb secukup rasa.
Kalau sos dah didih, dah boleh matikan.
Hidangkan sos bersama spagetthi dan taburkan dengan daun parsley dan parutan keju parmesan jika suka.
Have a blessed week ahead! :)
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,