Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes
Muffin Pandan
Sumber : Cari.com & Rinnchan
Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
See you soon!
Morning Ady.Bau wangi daun pandan dah sampai sini la.Boleh la buat sarapan pagi ni.
ReplyDeletewah ady pun dah buat muffin ni...mesti wangi bau pandan tuh....teringin la pulak nak makan kek pandan pagi2 nih..haisshhh
ReplyDeleteSalam Ady...ayoyo..mekar cantek jer muffin pandan ni..tentu wangi kan...suka tengok kejadiannya..
ReplyDeleteAs'salam Ady
ReplyDeleteSalam pagi nampak sangat gebu muffin pandan tu ady. Daun pandan kat belakang tu pun nampak segar dan subur jer.
lama juga tak baking muffin ni Ady, muffin pandan ni harum jer kalau bakar kan, sukanya :)
Assalamualaikum Ady,
ReplyDeletedh lama kak nur tk wat muffin...tengok muffin tu gebusss betu...lagi flavour pandan...harum semerbak rumah tu....
Assalam ady, amboi..bukan main membumbung muffin ady tu..cantik naik nya..mesti wangi dan sedap muffin pandan nikan ady..akak pernah dulu cuba tapi recipe letak choc chips memang sedap mufin pandan..
ReplyDeletenampak mapin tergoda...elok naiknya
ReplyDeleteSalam Singgah ady,
ReplyDeletewaa mmg merbeles tengok mapin ady buatnie..tak cukup satu tu kalau makan.
Salam Abg Ady,
ReplyDeletehai macam tau2 je kita pun tengak nak buat muffin pandan cuma asyik tertangguh je..nak seketul, buat ilang kempunan..
As-Salam abg.Ady...
ReplyDeletemalam2 ni tengok muffin pandan terus rasa nak buat kopi panas...nyum..nyum..
Assallamualaikum Ady..
ReplyDeleteAmboi.. Membukit betul muffin ni.. Sedap rasa pandan..Wangi lak tu kan..
sedapnya tgk muffin ni....sure harum bau pandan..byk daun pandan tanam sendiri tu yer..best tu:)
ReplyDelete