Followers

Saturday, January 29, 2011

Lapis Kacang Hijau

Lapis Kacang Hijau


Bahan-Bahan:

400 gm tepung kacang hijau

100 gm tepung hoon kwee

80 gm tepung kanji

600 gm gula melaka

200 gm gula halus

1 sudu teh garam

2 helai daun pandan

2500 ml santan dari 4 biji kelapa parut

2 sudu teh pewarna hijau

loyang bulat (28 cm) gris sekelilingnya dgn minyak



LOT’S DO IT:

Santan dimasak dgn gula Melaka, gula halus dan daun pandan sehingga gulanya hancur. Tapis dan sejukkan sedikit. Ketepikan.kesemua bahan tepung dicampurkan di dalam satu mangkuk dan digaul rata. Tuangkan santan yg ditapis tadi ke dalam tepung ini bersama garam. Gaul lagi sehingga rata. Tapis adunan dan bahagi dua. Satu bahagian diwarnakan hijau dan yg satu lagi dibiarkan warna asalnya.Kukus di dalam loyang berselang-seli warna sehingga adunannya habis. Setiap lapis dikukus selama 3-5 minit atau sehingga masak.Biarkan kuihnya benar-benar sejuk , barulah dipotong

Have A Nice Day,


Ikan Masak Acar

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tenggiri ( ikan apa2 pun ok)

3 batang timun, dipotong jejari

1 batang lobak, dipotong panjang halus

3 batang lada merah, dibelah empat

3 batang lada hijau, dibelah empat

10 biji bawang kecil, dibelah dua

5 ulas bawang putih, dibelah dua

1/4 cawan air

3 sudu makan cuka

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

gula secukup rasa

minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:

5 tangkai lada kering, direndam

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

2 sudu makan udang kering, direndam

4 biji buah keras

1 inci kulit hidup

1/2 inci halia

LET’S DO IT:

1. Ikan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Digoreng dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan cuka, garam, serbuk perasa dan gula. Jika kurang masam boleh tambah cuka lebih sedikit dan air. Tumis lagi sehingga rempahnya sebati.

3. Bila rempah telah masak rasakan rempahnya dan jika kurang perasa tambah apa yang patut.

4. Masukkan timun, lobak, lada merah, lada hijau, bawang kecil, bawang putih dan ikan gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Have A Nice Day,

Friday, January 28, 2011

Babat Lemak Cili Api

Bahan-bahan:-


1 kg babat – direbus bersama halia

20 biji cili api-kisar

2 biji bawang besar-kisar

1 ibu jari- halia-kisar

5 biji bawag putih-kisar

1 ibu jari kunyit-kisar

3 daun limau purut

1 daun kunyit

500g santan pekat + air

garam dan serbuk perasa

LOT’S DO IT:

1. Bersihkan babat dan potong kecil2

2. Tumis bahan2 yang telah dikisar, tumis sampai garing.

3. Masukkan daun limau dan daun kunyit.

4. Masukkan santan pekat + air

5. Tunggu sampai santan mendidih, kacau jgn sampai pecah minyak..

6. Masukkan babat, masak sampai empuk

7. Masukkan garam dan serbuk perasa dan…siap.

Yours sincerely,

Thursday, January 27, 2011

Mee Udang

Bahan-bahan :

1 kg udang – saiz sederhana-asingkan kulit & kepala

¼ sudu teh garam

10 cawan air

1biji bawang besar –kisar

6 biji bawang putih –kisar

1 inci halia - kisar

4 sb Kisap cair

1 sb dark sos

1sb 1ada putih

1kg mee kuning – saya guna mee laksa


LET’S DO IT:

Kulit & kepala udang direbus bersama air selama 30min . Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air rebusan tadi dan masukkan kembali ke dalam air rebusan, rebus sampai air mendidih dan di tapis air rebusan tadi. Tumis bahan2 yang dikisar dan lada putih. Tumis hingga keluar minyak dan hingga naik bau sikit, kemudian tuangkan dalam air rebusan. Masukkan kicap cair dan dark sos. Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, fish cake, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goring kalau suka.


Wish U All The Best,

Tuesday, January 25, 2011

Hawaiian Pizza ((Homemade Pizza)


PIZZA BASE:

Ingredients (A)

1 kg high protein flour

8 tablespoons milk powder

2 tablespoons sugar

1 teaspoon shortening

1 teaspoon dough softener

a pinch of salt


Ingredients (B)

2 tablespoons instant dry yeast

400ml water (boiled and cooled)

120ml luke warm water

100ml cooking oil

2 tablespoons castor sugar


The sauce :

2 Tbsp. Tomato Paste

4 Tbsp. Chillie Sauce


Toppings:

200 gm. Ham - cut into pieces

200 gm. canned pineapple - cut into cubes

a bit of dried oregano

Mozarella Cheese

LET’S DO IT:

1. Mix well ingredients (A)

2. In a small bowl, mix yeast and cooled water. Add in the lukewarm water and castor sugar. Stir till sugar dissolves and set aside until frothy.

3. Pour the yeast mixture into (A) and knead till soft and smooth dough is formed.

4. Divide the dough into 8 balls. Cover with damp cloth. Leave for about 25 - 30 minutes or till doubled the size.

5. Roll flat and place on a greased (with oil) pizza pan.

6. Lightly prick the dough with a fork.

7. Spread the sauce and put the toppings.

8. Bake in a preheated oven at 180 celcius till done.


Wish U All The Best,

Monday, January 24, 2011

Agar Agar Dragonfruit

Buah Naga sebenarnya adalah sejenis pokok kaktus yang tidak mempunyai daun tetapi hanya mempunyai batang berbentuk tiga segi yang banyak ditumbuhi duri-duri halus seperti juga pokok kaktus yang lain. Oleh itu ia hanya sesuai ditanam jauh dari kawasan lalu lalang seperti di bahagian penjuru laman agar duri pada batangnya tidak membahayakan. Buah naga -kaya dengan Vitamin c ,bagus untuk usus,mencuci toksid dalam usus.

Bunganya pula berwarna putih kekuningan berbau sangat wangi. la mula berkembang mulai jam 9 malam, hanya mekar pada waktu tengah malam dan beransur layu pada waktu dini hari. Ada yang berpendapat bahawa keharuman bunganya mempunyai kesan aroma terapi dan baik untuk kesihatan. Untuk mengetahui kebenarannyacuba-lah sendiri menghidu wangian bunganya pada waktu tengah malam.Mana kala buahnya pula berbentuk unik seperti menyerupai bebolaapi berwarna merah terang. Rupanya seakan akan bebola api yang keluar dari mulut naga.

Bahan2:

* 10gm agar powder

* 100gm sugar

* 350ml water

* 500ml red dragonfruit puree



LET’S DO IT:

Mix agar powder with sugar evenly.

Combine mixture into 350ml of water. Bring to boil on low heat, stirring constantly until sugar dissolves & mixture thicken.

Turn off heat, stir in fruit puree & mix evenly.

Scoop into jelly mould and chill till set. Serve chill.

Best regards,

Nasi Lemak



``````````````````````````````````````````````

NASI LEMAK

Bahan2:

1 kg beras

2 biji bawang kecil - hiris

2 helai daun pandan

1 sudu teh garam

secukup santan+ air

1 ibu jari halia- hiris2

1 batang serai- dititik


Let’S DO IT:

1. beras di cuci dahulu.

2. Masukkan bawang, diikuti dengan bahan-bahan yang lain, air dan akhir sekali beras.

3. Beras ditanak seperti biasa sehingga sempurna masaknya. Angkat dan hidangkan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

IKAN KEMBUNG GORENG


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambal Tumis Udang Dan Telur

Bahan-bahan

1 kg udang (sederhana besar) – kopek buang kulit tinggalkan ekor je

6 biji telur(di rebus dan di kupas )

Bahan dikisar

30 tangkai lada kering

10 ulas bawang kecil

1 ulas bawang besar

5 ulas bawang putih

2” halia

1” kunyit

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos cili

3 btg serai - dititik

1 genggam asam jawa – ambil airnya

1 ulas bawang besar – dipotong bulat

Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak


Let’S DO IT:

1.Tumiskan bahan-bahan yg dikisar hingga wangi dan naik minyak (kalau belum naik minyak tapi dah kering boleh tambah air dlm 1 mug).

2.Tumis lagi sampai agak kering sikit.

3.Masukkan serai yg telah dititik, tumis lagi sikit.

4.Masukkan sos tomato & sos cili dan tumis lagi.

5.Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Lepas tu kacau rata.

6.Bila sambal mendidih masukkan udang, telur dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau rata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kangkung Tumis Belacan

Bahan2:

1 ikat kangkung segar

1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*

2 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

Segenggam ikan bilis/udang kering*

1 sudu makan(atau lebih) belacan*

Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa

Minyak masak secukupnya untuk menumis


Let’S DO IT:

Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat

Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..

Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.

Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..

Hidangkan segera dengan nasi panas..! (hepp!org dlm pantang takleh mkn kangkung,org tua2 ckp takut sejukkk)





Best regards,

Thursday, January 20, 2011

Sambal Tumbuk Goreng

bahan2nya:

20cili api >> ikut la nk berapa bnyk pn...

1 biji lada merah

1 biji lada hijau

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 biji limau kasturi

ikan bilis >> suka ati nak bnyk mana.. .saya guna 2 genggam




Let’S DO IT:

-kesemuanya digoreng..

-pastu tumbuk cili dulu,pastu masukkan bawang,masukkan garam sikit

-last skali masukkan ikan bilis..ikan bilis tu klau boleh jgn hancur sgt..perahkan limau kasturi.

-gaul2kan..masukkan dlm bekas..makan dgn nasik panas2....power!!!!!


Have A Nice Day,,


Wednesday, January 19, 2011

LIMPA BEREMPAH


Bahan-bahannya:

1 kg limpa, direbus dan dibuang kulit dan lemaknya dan dipotong ikut suka

2 sudu makan rempah kari daging

4 sudu makan kicap lemak manis

½ cawan air

Sedikit bawang goreng

Sedikit daun ketumbar

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Serbuk perasa jika suka

Minyak untuk menumis


Bahan untuk dikisar:

20 tangkai lada kering, dibersihkan dan rendam dengan air panas

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia

LET’S DO IT:

1. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah kari daging dan juga kicap. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa dan juga air.

3. Masukkan limpa dan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan daun ketumbar. Gaul sebati selama 5 minit. Padamkan api dan siap untuk dihidang.


Yours sincerely,,
http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box