Followers

Wednesday, April 27, 2011

Walimatul Urus Hamidah & Kamal

As-salam semua.. Ady Greatsword Kitchen Recipes berehat seketika ..ni kerana akan berlangsungnya hari Persandingan kakak tersayang Hamidah pada 30 hb April…..so sibuk sungguh minggu ni …Insyallah kita berjumpa pada hari yg akan datang…
Yours sincerely,





Tuesday, April 19, 2011

Blended Orange Cake


Source 1 : MALA http://alamroon.blogspot.com

Source 2 : KAK AYU SINGAPORE http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/

Bahan-bahan :

1 bji buah limau

1 cawan minyak

2 cawan gula halus

3 biji telur

2 cawan tepung gandum*

1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

LET’S DO IT:

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.


Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak

Best regards,


Monday, April 18, 2011

Sup Daging Berempah


1 kilo daging (dipotong kecil)

1.8 liter air

*1 biji bawang besar

*7 biji bawang kecil

*7 biji bawang putih

*2 inchi halia

*2 sudu makan ketumbar

*1/2 sudu makan jintan putih

*1 sudu kecil jintan manis

1 sup bunjut

Garam

Minyak masak

LET’S DO IT:

Daging dalam keadaan suhu bilik agar tidak masak terlalu lama untuk empuk. Rebus dengan air bersama sup bunjut sehingga air rebusan menjadi separuh atau daging empuk.

Blender bahan bertanda * dan tumis dengan minyak sehingga hampir garing.

Kemudian tuang tumisan tadi ke dalam sup daging.

Letak garam secukup rasa dan serbuk perasa (aji no moto) untuk perasa tambahan.

Bila dah siap, bolehlah dihidang...



Have A Nice Day

Friday, April 15, 2011

Buttermilk Blueberry Muffin

210g (1 1/2 cups) frozen (unthawed) or fresh blueberries

1 large egg (we use eggs with a minimum weight of 59g)

1 teaspoon vanilla extract (2 teaspoons natural vanilla essence)

125ml (1/2 cup) oil (we use sunflower oil, but any mild-flavoured oil can be used)

208ml (3/4 cup plus 1 tablespoon) buttermilk

300g (2 cups) self-raising flour

168g (3/4 cup) caster sugar (finely granulated sugar)

Preheat oven to 190 degrees Celsius

Line 12 holes of a muffin pan (1/3 cup capacity holes) with paper or foil cases that measure about 5cm across the base and 8cm across the top.

If you are using frozen blueberries, weigh or measure them, and then return to them to the freezer.

Using a fork or whisk, beat egg, vanilla, oil and buttermilk together in a medium bowl until well combined.

Stir self-raising flour and caster sugar together in a large bowl until well combined. Add the blueberries and stir gently to coat with flour mixture. Make a well in the centre of the flour mixture.

Pour wet ingredients into the well in the dry ingredients

Using a spoon or spatula, gently fold ingredients together until just combined. Don't over mix the batter as this may make the muffins tough and release too much purple colour into the batter.Divide the batter evenly among the cases.

Bake for about 23-25 minutes, until a thin-bladed knife or wooden skewer inserted into the centre of a muffin comes out without any batter attached.Leave muffins to cool in the pan for five minutes.

Serve, or transfer to a wire rack to cool. Store cooled muffins in an airtight container at room temperature or in the freezer.

Yours sincerely,

Thursday, April 14, 2011

AYAM LEMAK CILI PADI BUNGA KANTAN

Bahan-bahannya

1 ekor ayam, dipotong ikut suka [yg ni saya beli ayam kampung]

1 liter santan

2 batang bunga kantan [1 btg dibelah2 , 1 btg dihiris halus]

2 batang serai, dititik

1 helai daun kunyit, disiat empat

3 helai daun limau purut

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar:

10 batang cili padi merah

10 batang cili padi hijau

3 biji bawang besar

1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

LET’S DO IT:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai,bunga kantan dihiris , bahan yang telah dikisar dan daun kunyi dan daun limau purut .. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.

3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.

4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan bunga kantan di belah dua dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit, bunga kantan pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.Yours sincerely,

Saturday, April 9, 2011

Ikan Siakap Goreng Ala Manderin

~Ikan Siakap Goreng Ala Manderin~


1 ekor ikan siakap

7 biji cendawan – hiris

1 lada bagala- potong dadu

setengah biji nenas – potong dadu [saya guna Honey Pineapple]

1 batang daun bawang cina

1 sudu the lada putih2 s/m bawang putih

2 s/m sos tomato

3 s/m chili sos thai

1 s/m sos tiram

1 s/m light soya sauce

1 s/m dark soya sauce

1 s/t stock ayam

1 biji telor

Tepung jagung

Sedikit air

Sedikit garam

Gula

Let’sDo It:

Ikan dicelur dengan telor lalu digaul rata bersama tepung jagun dan di goreng.

Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cendawan tumis sampai cendawan layu sedikit.

Masukkan lada bagala dan nanas- gaul rata.

Masukkan lada putih,stock ayam ,sos tomato,sos chili, light soya sauce ,dark soya sauce dan sos tiram- gaul rata.

Masukkan daun bawang , sedikit air, gula dan garam secukup rasa.

Setelah masak bolehlah diseram diatas ikan tadi.Best regards,

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box