Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes
Puff Pastry
Note: Kalau yg tak nak buat puff pastry sendiri, blh beli yg dah siap ( puff pastry Kawan).. tapi ady suka buat sendiri …
Bahan2: 500g tepung gamdum
50g marjerin pastry
250ml air
15g garam
+/- 400g margerin pastry
LET’S DO IT:
Gaul 50g margerin pastry dgn tepung
Campur air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh
Rehat kan doh 20min
Canai doh tadi setebal 1cm dan letakkan margerin pastry di atas doh yg dicanai.
Lipat doh dan canai semula
Simpan dalam peti sejuk1 jam Keluarkan didalam peti sejuk dan ulang canai 2-3 kali
Simpan di dalam peti sejuk 4 jam sebelum digunakan
Canai semula setebal ½ cm dan potong/ mengikut kesukaan.
****************************************************************
Chicken Vege Puff Pastry RESEPI BY : dapur ibundo http://resipiibundo.blogspot.com/2011_07_01_archive.html
Inti ni kalau nak buat inti karipap pun takde hal. Boleh je. Yang ini ikut kesukaan masing-masinglah. Tapi kalau nak ikut resepi bundo pun no hal jugak.
Inti: Bahan2:
2 ketul dada ayam dipotong dadu
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1/2 batang carrot dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
1/4 capsicum hijau dipotong dadu
1/4 capsicum merah dipotong dadu
1/2 batang celery dipotong dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
sedikit lada hitam [ ady lebihkan nak yg pedas2 ]
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
Sedikit fresh rosemary – dihiris [ yg ni ady tambah ]
Sedikit fresh thyme-dihiris [ yg ni ady tambah ]
Sedikit fresh oregano –dihiris [ yg ni ady tambah ]
sedikit air
Cara-cara:
Tumis bawang putih dengan menggunakan butter. Bila naik bau masukkan tepung gandum. Kacau. Apabila berbuih, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu adunan yang pekat dan tidak berketul. Apabila masuk air, adunan mestilah dikacau cepat cepat. Kemudian masukkan ayam. Bila sebati, masukkan, rosemary, thyme , oregano dan bahan lain kecuali tomato. Rasakan garam. Sebelum matikan api, masukkan tomato. Ketepikan sehingga suam.
Keluarkan pastry kawan dari peti ais sebaik mahu menggunakannya. Ambil sekeping yang agak-agak sudah boleh digunakan dan gelek sedikit dengan penggelek. Letak inti di tengah-tengah. Ambil keempat-empat hujung pastry dan kumpulkan di tengah. Ikat dengan tali dan betul-betulkan kelopaknya. [ yg ni ady tak buat macam bundo, ady buat macam biasa aje..] Sebelum dimasukkan ke dalam oven, sapu permukaan pastry dengan telur yang dikocok dengan sedikit air. Bundo bakar dalam oven 150 deg selama 25 minit. Oven bundo tak boleh lebih daripada 150. Kalau lebih, mesti rentung.
Bila sudah masak, biarkan sejuk sedikit dan gunting tali pengikat.
Salam Ramadhan,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,