Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes
untuk kulitnya bolehla gunakan kulit popia atau cuba dengan kulit wantan yang berbentuk bulat.
Masukkan sesudu inti kedalam kulit wanto dan sapu air pada sekeliling tepinya.Cantumkan macam buat karipap.Siap untuk digoreng dan bolehlah dihidang dgn sos pilihan.
**P.Ros SinaranMenu **
Bahan-bahannya
* 20 keping kulit popia
* 4 batang sausage dibelah dua dan potong dadu
* Semangkuk potongan kubis
* 2 batang hirisan carrot
* 1/2 labu bawang besar
* 1 batang daun bawang
* beberapa batang daun kucai
* 1/2 keping pati ikan bilis (jika suka)
* 3 ulas bawang putih hiris halus
* 2 biji telur
* 4 sudu besar minyak masak
Nota: garam tak perlu sebab sausage dah masin dan bila dicicah dgn sos takut lagi masin.
Cara-caranya
1- Panaskan minyak dan masukkan telur.Kacau telur biar hancur dan masak.Masukkan pula bawang putih dan kacau sebentar.Campurkan potongan sausage dan kacau rata.
2- Masukkan semua bahan sayur dan goreng dengan api kecil.Tambah pati ikan bilis.Bila sayur dah layu sedikit boleh diangkat dan di sejukkan.Buang jus dari bahan- inti sebelum digulung bersama kulit popia.
3- Ambil sekeping kulit popia dan masukkan 1 sudu besar inti dan gulung rapat dan kemas.Boleh lah dikukus atau digoreng.
Versi goreng:
Panaskan minyak dan goreng terendam popia hingga garing. Toskan minyaknya dan siap untuk dihidang dengan sos pilihan.
Versi kukus :
Masukkan kaki besi atau sebiji mangkuk kaca kedalam kuali dan masukkan air.Tutup kuali pasang api dan didihkan air.(nak guna kukusan biasa pun boleh...)
Setelah air mendidih letakkan pinggan yang berisi popia dan kukus la selama lebih kurang 7 ke 8 minit. Angkat dan siap untuk dihidang bersama cili sos.
Happy weekend ahead :)
Happy weekend ahead :)
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,