SOURCE: http://seleraputeri.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 ekor ikan tongkol [ ikan apa pun blh]
1 1/2 cawan santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng
1 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Bahan Dikisar Halus
3 sudu besar cili siap kisar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
3 biji buah keras
Ikan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Goreng sehingga kuning tetapi tidak terlalu garing.
Panaskan minyak anggaran 2 sudu besar, tumiskan bahan kisar selama 5 minit atau sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan daun limau, biarkan mendidih sebelum memasukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Perasakan asam, garam dan gula.
***selain gula pasir, gula perang juga boleh digunakan utk membangkitkan rasa lemak.
***jika tiada buah keras, boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk badam....sebab saya pernah terbaca di ruangan kesihatan, buah keras punya kolestrol berbanding badam yang lebih berkhasiat.
greatsword_blader@hotmail.com
Ady.....
ReplyDeleteSedapnyer Ady....kalau akak nak ganti dengan daging sedap tak?....
kak azi kalau nak ganti kan dengan daging atau ayam pun blh..
ReplyDeleteAssalamulaikum Ady
ReplyDeleteSangat sedap masak kerutup ni. Ikan tongkol memang fav kak ct. Dulu2 orang tak makan ikan tongkol ni kan. Sedara MIL kak ct yang dok kat s'pore yang ajar makan ikan ni dulu :)
Cedapnya.....:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Ady,
ReplyDeleteIshh...kak nur suka ikan tongkol...kalau meratah lagi sedap...masak kerutup pun sedap juga nie...mau bertambah nasi.
Salam Ady..
ReplyDeleteKak Hawa suka ikan tongkol..tak pernah plak msk kerutup ni..blh masuk list dulu..yum3x