Followers

Monday, January 28, 2013

Kuih Cara Berlauk

KUIH CARA BERLAUK

Bahan-Bahan
400 ml santan kotak KARA
350 ml air
300 gm tepung gandum
6 biji telur (saiz besar)
garam secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.
Untuk Intinya:
300 gm daging kisar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
sedikit rempah kari daging
secubit garam
1 sudu makan minyak masak utk menumis

Cara:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.

Untuk Hiasan
secukup cili merah (dihiris),
secukup daun saderi (sup)
Cara Membuat Kuih Cara Berlauk:
Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Oleskan dgn sedikit minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung tadi dan tutup sebentar. Kemudian taburkan daging, daun saderi dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.


Best regards,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box