Seafood Pizza
RESEPI DOH BY MALA: http://alamroon.blogspot.com/2011/06/mini-pizza.html
Bahan-bahan untuk doh:
200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung
Cara-cara (telah di edit dari resepi asal):
1. Satukan semua bahan kecuali air dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat, licin dan lembut.
3. Perap selama 1jam atau naik 2 kali ganda.
4. Tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. [ YG NI ADY BAHAGIKAN 2 JE ] Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit
5. Ambil sebiji doh dan canaikan .
6. Biarkan naik 2 kali ganda.
7. Letak topping kegemaran.
8. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.
crab meat
Udang
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
1 tangkai daun parsley [ dihiris]
Parutan Keju Mozarella
* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa
Cara membuat sos:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat.
greatsword_blader@hotmail.com
Salam Ady...
ReplyDeletesemlm anak2 buatkan mama diorg pizza bun..hehehe bila tgk kat sini ada pizza pan ..sedap nyer kalau pagi2 gini lagi hujan dpt mkn...hishhhhh!!!
As'salam Ady
ReplyDeleteYa ampunnnn..kak ct kalau dapat makan pizza ni sorang2 pun jadi.. hahaha. badan yang kecil tapi kuat makan adoiii. nampak berselera betul ni ady. nak buat tapi banyak bahan yang tak ada stok. tunggu eh kak ct akan buat juga nanti, insyaAllah
ada lagi simpan sikit okey :D
erm... yummy!
ReplyDeletewah nak sepotong ady!!!..lebih baik kalau dapat semua tu..heheh ada delivery services tak ni..hantar rumah akak 2 keping ya..sedapnya ady!!!!
ReplyDeleteSlm Ady...your pizza nmpk lazat sgt la!!!mintak sepotong..
ReplyDeletebr jer teringin nk mkn.. ady da buat.. maklum ler sini kg xde pizza.. xbole jd nih.. kene menguli la pas ni. coz bm xde.. mozzarela cheese da ade. =)
ReplyDeletesedapnya lama tak buat pizza
ReplyDeleteSalam Ady, baru terserempak dgn dapur Ady nih...byk resepi menarik jkg...akak follow dulu la eh...happy cooking!
ReplyDeleteAdoiii ady..menggoda betul tgk pizza tuu..:)
ReplyDeletesebiji mcm kat pizza hut.. ala teringin dah nak makan pizza nii..hehe
ReplyDeletekak ady memang suka buat pizza ek..nak ..nak
ReplyDeletewahh dah boleh berniaga pizza dah ni...sungguh menyelerakan...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum abg ady...
ReplyDeletepizza!! nampak sgt sedap... rajin abg ady buat sendiri yer.. terliur tgk tau... nak ckit.. kalau dah abis.. nak abg ady buatkan lg.. hehehhehe.. :D
Hi it's me, I am also visiting this website daily, this website is really fastidious and the people are truly sharing fastidious thoughts.
ReplyDeleteFeel free to visit my homepage payday loans uk