KUIH CARA
BERLAUK
Bahan-Bahan
400 ml santan
kotak KARA
350 ml air
300 gm tepung
gandum
6 biji telur
(saiz besar)
garam secukup
rasa
Cara:
Satukan semua
bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.
Untuk
Intinya:
300 gm daging
kisar
1 ulas bawang
putih
2 hiris halia
sedikit
rempah kari daging
secubit garam
1 sudu makan
minyak masak utk menumis
Cara:
Gaulkan semua
bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.
Untuk Hiasan
secukup cili
merah (dihiris),
secukup daun
saderi (sup)
Cara Membuat
Kuih Cara Berlauk:
Panaskan
acuan kuih bakar di atas dapur. Oleskan dgn sedikit minyak. Kemudian, tuangkan
adunan tepung tadi dan tutup sebentar. Kemudian taburkan daging, daun saderi
dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.
Best regards,
lama tak buat ni..teringat bulan ramadhan pulak..
ReplyDeletesalam bro ady,
ReplyDeletebtl la lama x makan kuih cara berlauk..zila x pernah buat sendiri..biasa klu teringin beli jew..tp klu buat boleh mkn byk2 kan..aiisshhh kecurr
Sedapnya kalau ada sepiring kuih cara berlauk yang lazat begini di hadapan Kak Amie!
ReplyDeleteAs'salam Ady
ReplyDeleteteringin pulak nak membuatnya, tapi acuan kuih cara ni hilang entah kemana hihi
Salam..wahhhh sedapnya cara ni...tapi kat rumah ni cara berlauk kurang lakulah plak..yang laju cara manis jeeee
ReplyDelete