Ayam Penyet
Sumber :
Amy@Senang-senang singgahlah
Untuk Ayam
1 ekor ayam –
potong 4 bahagian
2 keping
tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe
– potong nipis
1 ikat sayur
kangkung – dicelur
Kobis potong
empat segi jika suka
1 biji timun
– dihiris nipis
Bahan - bahan
untuk rebusan ayam
Bahan A
50 gm bawang
merah*
30 gm bawang
putih*
20 gm
lengkuas*
10 gm kunyit
hidup*
1 sudu teh
garam
1 sudu besar
gula
500 ml santan
Bahan
bertanda* - dikisar
Bahan B
150 gm tepung
beras*
1 biji telur*
200 ml air
rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua
bahan digaul rata
Cara
Penyediaan:-
1. Potong
ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2. Rebus ayam
bersama bahan kisar, santan.
3. Kemudian
masukkan garam, gula.
4. Masak
sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5. Angkat dan
ketepikan.
6. Bancuh
semua bahan tepung (bahan B).
7. Salut pada
ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8. Panaskan
minyak dan goreng semua bahan bersalut tepung hingga kekuningan dan diangkat.
9. Hidangkan
ayam penyet bersama kangkung,timun,tempe,tauhu bersalut dan sambal.
Paling best
** Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes(digoreng) untuk hidangan ayam
penyet.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 10 biji
Cili padi 10 biji Bawang kecil/merah, hiris 3 biji Bawang putih, hiris 5 biji
Tomato, potong 4 5 cm Belacan 2 sudu Ikan Bilis 3 sudu gula merah/secukup rasa
Cara
Penyediaan Sambal :
1. Panaskan
minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng
belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan
bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata
dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan
semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan
kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga
separa halus.
6. Masukkan
semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan
gula merah dan gaul rata.
8. Rasa
sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut
citarasa.
Sambal boleh
disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.
Panaskan sambal sebelum disajikan.
saya suka makan ayam penyet,tapi tak pernah lagi mncuba buat sendiri..
ReplyDeletesalamekom pcik..ooo pcik. dtg bwk pinggan nih..blum makan laie...
ReplyDeleteMcik suka laa makanan tradisi lagu nie, tambah ada kangkung lagi suka...
Ady,grenti sedap ni. Kak Ros suka nasi ayam penyet.
ReplyDeleteAssalamualaikum Abg Ady,
ReplyDeleteRajinya abg ady ni..siti belum pernah buat lagi...tunggu mood rajin datang
Wah...!!!Ady dah cuba,bertambah sedap bila guna lesung batu...wallah....!!!
ReplyDeleteUwaaa...terus lapar tengok set ayam penyet......ayam penyet satu!
ReplyDelete