Followers

Tuesday, March 5, 2013

Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis

Bahan-bahannya:-
440ml santan cair (saya guna 100ml santan kotak + 340ml air pandan)
1 biji telur
150gm tepung gandum
1/2 tsp garam
2 @3 helai daun pandan (blender bersama dengan air diatas)
Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
Gula secukupnya 
Cara-caranya:-
Blender semua baha-bahan diatas kecuali gula. Biarkan sebentar
panaskan acuan kuih cara dalam oven terlebih dahulu.
Masukkan bancuhan kuih cara dalam acuan dan letakkan 1/8tsp gula diatas nya. Gula terpulang
kepada kemanisan yang anda suka. Saya masukkan sedikit sahaja.
Bakar dalam oven selama 5-10 minit dengan suhu 200C (tempoh bakar terpulang kepada anda @ jenis oven anda, oven sy oven kecil so mng sy kena guna 10 minit utk ia garing) 
Keluarkan dan keluarkan kuih cara dari acuan. Ulang baki adunan sehingga habis.
Jika anda bakar mengunakan dapur, panaskan acuan terlebih dahulu.
Sapukan sedikit minyak pada acuan. Masukkan bancuhan dan bubuh sedikit gula diatasnya. letakkan acuan atas api yang perlahan dan tutup acuan dengan tudung periuk, bakar selama 3-5 minit. Angkat bila sudah masak.
                             
      

11 comments:

  1. Menyerlah warna kehijauannya.. Tengok gambar lagi lah terasa- rasa keenakannya. Favorite sue ni.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Abg Ady,
    Sedap kuih tradisi ni..cuma umi tak beli lagi acuannya..hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...Ini antara kuih yang selalu di buat juga ni..Tapi belum pernah masuk oven, main bakar atas stove jeeeee

    ReplyDelete
  4. salam bro ady.
    kuih yg sentiasa diminati...sedapp..cantik jew colour ijau tue..

    ReplyDelete
  5. pestime tgk kuih cara bakar ni....slalu sy buat masak atas dapur je.....:-)p

    ReplyDelete
  6. assalam en.Ady
    my feberet kuih time pagi2 ni
    sedappp sgt

    ReplyDelete
  7. salam Bro,
    rajin buat kuih2 tradisi..lama sangat tak jamah kuih ni..

    ReplyDelete
  8. Nice replies in return of this matter with firm arguments
    and telling everything regarding that.

    Look at my web site; thinning hair women

    ReplyDelete
  9. I love everything that is cooked or baked with pandan and these kuehs look wonderful.

    ReplyDelete
  10. wanginya bau cara pandan ni Ady...

    ReplyDelete
  11. amboi kemain himau lg kuih cara tu..dlu QH xmkn kuih ni..tp bile dh rasa skali..haaa hambik..jd fav dh skrg..hehe

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box