PULUT
SERUNDING
NOTE : All
images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any
reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T
STEAL MY PICTURES or IDEAS, it's not cool AND it's illegal!!
Bahan-bahan :
1 biji kelapa
putih (diparut) – atau beli jer yg dah parut.
200 gm daging
cincang (cuci dan toskan)
Bahan Kisar
2 sudu makan
udang kering (direndam)
2 batang
serai
1½ cm lengkuas
1 biji bawang
besar
5 ulas bawang
kecil (merah)
4 ulas bawang
putih
3 sudu makan
ketumbar
1 sudu makan
jintan halus
1 sudu makan
jintan kasar
12 batang
cili kering
1 sudu teh
serbuk kunyit
(Kisar semua
bahan di atas hingga halus)
5-6 sudu
makan gula timbang (hitam)/gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan
air asam pekat
garam secukup
rasa
beberapa
helai daun limau purut
minyak utk
menumis
600 gm pulut
secukup
santan pekat (dari 1/2 biji kelapa) - boleh gunakan santan kotak
garam secukup
rasa
daun pandan
(disimpul)
Cara:
1) Kelapa
parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak
dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.
Kemudian, masukkan daging cincang dan dibiarkan sebentar. Sesudah itu, masukkan
gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat
sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya
mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.
2) Sukat
pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya.
Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan
kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan
pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga
pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.
3) Ambil
sedikit pulut tadi dan kepal-kepalkan menjadi bebola yg sederhana besarnya.
Golekkan ke dalam serunding dan alihkan ke dalam sebuah bekas/pinggan. Buat begini
hingga selesai kesemua pulut tadi. Taburkan lebihan serunding ke atasnya.
****Have A Nice Day,,***
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,
Salam Ady..wah rajinnya..x pernah masak camni, takat pulut tanak makan cicah kelapa parut dgn.ikan masin tu adala..haha
ReplyDeletewah sangat spesial sbb dihidang begitu rupa.. terbaik
ReplyDeleteSalam..wahhhhh nampak menarik dan tertarik plak bila masukkan pulut ke dalam cawan macamni....
ReplyDeleteSalam Ady...sedap nampak pulut serunding tu. Kreatif sangat masukkan berlapis2 gitu dalam gelas. Terbaik (y).
ReplyDeleteAssalamualaikum ady wah menarik...deko pun cantik...
ReplyDeleteBekas serunding tu cntik bro ady..beli kt mne erk..serunding mkn dgn lontong.pun ok kn..
ReplyDelete