Daging Kambing Briyani
NOTE : All
images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any
reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T
STEAL MY PICTURES or IDEAS( Presentation), it's not cool aND it's illegal!
Ady
Greatsword Empire Kitchen Recipes
Bahan-Bahan :
1 kg daging
lembu/kambing, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan
dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair
Bahan untuk
dikisar:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
Bahan untuk
ditumis:
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis
Cara
Penyediaan:
1. Gaulkan
daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
2. Panaskan
minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian
masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan
daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar.
Kacau seketika hingga sebati.
4. Masukkan
sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam.
5. Masak
sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.
Selamat
Mencuba !!
Sedapnya.. thanks abg Ady resepinya... halalkan ye
ReplyDelete