Followers

Wednesday, June 15, 2011

Tahu Masak Taucu

Tahu Masak Taucu

Bahan-bahan :

4 keping tahu yang besar, dipotong dadu selebar 1 inci

4 keping tempe - dipotong selebar 1 inci

12 ekor udang, dikupas kulitnya

10 batang lada hijau atau lada merah, dipotong 3

5 biji bawang besar, dihiris bulat

2 ulas bawang putih, dihiris

2 batang serai, dititik

1 botol taucu, dicuci, toskan dan ramas kasi hancur sedikit

10 biji telur puyuh -(direbus)

2 cawan air

2 inci belacan

asam jawa, sebesar setengah telur ayam

garam secukup rasa

gula secukup rasa

serbuk perasa jika suka

minyak untuk menumis

LET’S DO IT :

Panaskan minyak dalam kuali. Tahu dan tempe yang telah dipotong dadu selebar 1 inci, digoreng. Jangan goreng terlalu garing cukup sekadar ia kekuningan sedikit. Angkat dan ketepikan.

Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas sehingga rata. Ketepikan.

Minyak yang telah digunakan untuk menggoreng tahu tadi boleh kita gunakan untuk menumis. Masukkan serai yang telah dititik bersama bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis sehingga bahan-bahan naik baunya.

Masukkan taucu yang telah diramas dan juga udang. Gaul rata dan masukkan juga bancuhan air asam dan juga belacan yang telah disediakan tadi. Masak selama 5 minit pada api sederhana supaya rempahnya bangkit.

Kemudian masukkan garam (jangan terlalu banyak) sebab taucu pun dah ada rasa masin, serbuk perasa, gula dan juga telur puyuh ,tempe dan tahu yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan ia mereneh supaya kuahnya menyerap dalam tahu selama 5 – 10 minit. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Nota: Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi hijau. Lauk ini kalau disimpan semalaman dan dipanaskan rasanya lagi umppph.. Selamat mencuba.

Yours sincerely ,

12 comments:

  1. Pagi Ady,

    dah tertinggal MRT akak nie...sejak cuti sekolah nie,manjang sibuk gitu...nk ronda2 blog kawan2 pun kadang2 tk kesampaian.

    Btw,lauk yg Ady masak nie buat terbuka selera nk mkn tengahari cepat nie....hehe...nice recipe..masuk list dulu...thks for sharing.

    ReplyDelete
  2. assalam Ady,
    nampak menarik resepi ni...ringkas lagi...menyelerakan...hehehe...mcm kak nur jugak...masuk list dulu..tq

    ReplyDelete
  3. boleh buat pembuka selera menu ni tau..nampak sedap..boleh try nanti ni ady..masuk list dulu.

    ReplyDelete
  4. As'salam Ady

    wow! sedapnya memang sesuailah kalau mintak ady sikit buat makan tengahari ni... hihihi. stok telur puyuh dan tauhu ada. cuma udang tak ada, ganti sotong boleh tak.. hihihihi

    Hb kak ct tak gemar telur puyuh ni, dia kata banyak kolestrol..hihihi. kita makan dia tengok jer erk :D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum abg ady...
    wah sedaaaapnyaaa.... meleleh air liur d buat nya tau abg ady.... sedaaaapppp!! ;)

    ReplyDelete
  6. I love anything cook with taucu! hehehe

    ReplyDelete
  7. Ady...mcm2 ada dlm menu ni...mesti sedap ni...:)

    ReplyDelete
  8. sedap ni....nampak menyelerakan:)

    ReplyDelete
  9. ala2 masakan jawa gitu.tak pernah rasa lagu tauhu masak taucu ni.nk kene cuba jugak ni.

    ReplyDelete
  10. salam..dah lame x makan masakan yg bertaucu..kena time sahur best ni... :)

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box