Followers

Friday, September 30, 2011

Buttermilk Cake



Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes



Buttermilk Cake
recipe: from Flavours magazine

Notes: Tekstur kek ni lembab kerana menggunakan buttermilk dan rasanye lemak2…



300g butter, softened

250g caster sugar

1 tablespoon pure vanilla extract (I used 2 tablespoon Queen’s vanilla bean paste)

5 grade A eggs, lightly beaten

375g self-rising flour (or replace with 375g cake flour with 19g baking powder), sifted

1/2 teaspoon salt

300ml buttermilk


Method:

1. Preheat oven to 170C. Grease and line two 23cm (9) round cake pans or a 25cm (10) round cake pan. Grease and flour the lined cake pans. I used one 23cm cake pan which was fine.

2. With an electric mixer, beat butter until creamy. Then add sugar and vanilla, and beat until combined.


3. Add eggs in batches, beating well after each addition. Beat for 1 minute after the last addition.

4. On low speed, add 1/3 of the flour together with the salt, and mix until combined. Add remaining flour and buttermilk in two batches.

5. Turn batter out into pan and smooth the surface with a spatula.

6. Reduce oven temperature to 150C. Bake 25 minutes for the 23cm pans and 60 minutes for the 25cm pan. Baked mine for 60 minutes + additional few minutes.


Yours sincerely,

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Thursday, September 29, 2011

Ikan Siakap Bakar Tomyam


Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes

IKAN SIAKAP BAKAR TOMYAM

Resipi Asal : Buku Senangnya Memasak Ikan, Chef Hanieliza

Sumber : Kak Zai, Teratak Impian, nOOrsha : http://noorsha.blogspot.com/2011/07/ikan-siakap-bakar-tomyam.html


Bahan A

1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) : ady guna ikan kerapu

2 sudu besar pes tomyam

5 helai daun limau purut

1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi

1 biji tomato (potong 6)

Aluminium foil



Bahan B (Dikisar)

2 biji cili merah

5 biji cili api

3 batang serai

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri - ady tak letak


Cara Membuat:-

1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)

2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.

3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.

4. Perahkan limau semasa menghidang.




Have A Nice Day,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Wednesday, September 28, 2011

Arab in the pool ( Kacang pool )


Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


Resepi : Ibundo http://resipiibundo.blogspot.com/

Arab in the pool ( Kacang pool )


Bahan2:

2 tin kacang foul (ganti dengan baked beans kalau tak ada)

500 gm daging kisar

100 gm butter (boleh tambah kalau tak cukup) atau 1 tin kecil minyak sapi

3 ulas bawang putih*

1 biji bawang besar*

2 cm halia*

4 sudu besar rempah briyani

Bahan sampingan:

beberapa biji telur digoreng mata kerbau

2 biji bawang besar didadu

5 biji cili besar hijau dihiris (buang biji)

limau kasturi


Cara-cara:

1. 1 tin kacang foul/baked beans di kisar bersama airnya. 1 tin lagi dilenyek kasar.

2. Blender bahan yang bertanda*

3. Panaskan butter. Tumis bahan kisar. Bila wangi, masukkan rempah briyani dan daging kisar. Kacau dan biarkan air daging kering.

4. Masukkan baked beans. Rasakan garamnya.

5. Kuah jangan terlalu cair. Padamkan api bila rasa kepekatan dah cukup. Jangan terlalu pekat.

6. Siap.


Hidangkan kacang pool bersama roti arab( ADY GUNA ROTI PERANCIS) , telur goreng, bawang yang didadu dan cili potong. Cara makan: masukkan kacang pool ke dalam pinggan, letakkan telur di atasnya, taburkan dengan bawang dan cili dan nikmati bersama roti . Ada orang suka curahkan minyak sapi yang telah dicairkan ke atas kuah. Takoooot weh.



Best regards,,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Tuesday, September 27, 2011

Lemak Siput Sedut


Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


LEMAK SIPUT SEDUT

Bahan A :

1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]

2 cawan santan cair

2 santan pekat ] 1 biji kelapa

1 helai daun kunyit [koyakkan]

5 keping daun limau purut

2 batang serai – ketuk

1 batang bunga kantan – [ dibelah 2 atau dihiris2 ]

Bahan kisar:

30 tangkai cili api (ikut pedas)

3 ulas bawang kecil

1inci kunyit hidup

garam

Cara:

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan siput sedut dalam periuk dan didehkan perlahan-laha sehingga mendideh.

2. Masukkan santan pekat dan siput sedut biarkan mendideh sekali lagi.

3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


Have A Nice Day,,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Monday, September 26, 2011

Kek Pisang Gebu


Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


Kek Pisang Gebu

RESEPI: http://www.jintanmanis.com/kek/207-kekpisanggebu

Bahan2:

2 cwn tepung gandum

1 s/k baking powder

1 s/k soda bikarbonat

1 cawan gula

3 biji pisang yang telak dilenyek

1/2 cawan minyak masak

esen vanila

2 biji telur



caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.


3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


Yours sincerely,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

Monday, September 19, 2011

Salam Aidilfitri 2011

~~~ Salam Aidilfitri ~~~


As-salam .. Masih lagi dalam bulan SYAWAL .. Mesti semua umat-umat islam masih dalam `mood’ untuk berhari raya , betul tak? sepanjang raya ni ada aje rumah terbuka sana sini .. termasuk rumah ADY. ..bukan apa , senangkan kalau semua adik beradik saudara-mara datang sekali kan? .. so hari tu ADY dan PA masak simple2 aje .. dan ADY sempat buat 2 biji kek.., 1 kek kukus prune dan 1 kek lapis rempah. Sebenarnya boleh tahan juga penat melayan tetamu yang hadir ke rumah hari tu, tapi mujur juga ada anak2 yg nak membantu ..Okaylah , ADY pun tak nak type banyak2 .. Let the pictures do the talking.. ^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

***Yg ni gambar tuan rumah.. ***


````````````````

~~~Gambar adik beradik dan saudara-mara ku..~~~

[ Kalau ikutkan hati mmg nak load semua gambar.....]








~~~Gado-gado hidangan istemewa untuk tetamu ..~~~







Kek untuk tetamu ...


~~~Kek Lapis Rempah~~~


~~~Kek Kukus Prune~~~~



Salam Aidilfitri,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box