Followers

Thursday, June 4, 2015

STEAMED CASSAVA & SAGO KUIH....Talam Ubi Sago….

STEAMED CASSAVA & SAGO KUIH....Talam Ubi Sago….
Sumber resepi cik cek
NOTE : All images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T STEAL MY PICTURES or IDEAS( Presentation), it's not cool aND it's illegal!

BAHAN-BAHANNYA...
Lapisan Bawah - Ubi Kayu
500 gm ubi kayu yg telah dibuang kulitnya...
150 ml air
100 ml santan pekat
2 sudu besar tepung ubi
150 gm gula pasir 
sedikit warna kuning

Note: untuk lapisan bawah ady gunakan 500g ubi parut + 150g gula +100ml santan + tepung ubi + warna kuning ..gaul rata dan kukus…

Lapisan Atas -Sago Biji
150 gm sago biji.... yg ni ady guna sago warna hijau
150 gm gula pasir 
250 ml water
375 ml jus pandan (3-4helai daun pandan...dikisar bersama 375 ml air....perah/tapis jusnya )….note yg ni ady guna 15 helai daun pandan untuk dapatkan warna hijau yg cantik..
100 gm kelapa parut ...putihnya sahaja...

CARA-CARA PENYEDIAANNYA....
Lapisan Bawah - Ubi Kayu

Ubi kayu dipotong kecil....campurkan gula...santan pekat...air.....tepung ubi....kisar halus dalam food processor @ blender....
Masak campuran ubi diatas api sederhana kecil sehingga pekat /likat....Tuangkan adunan yg likat/pekat kedalam loyang bersaiz 8" x  8" yg telah dilapik ngan aluminium foil melepasi ketinggian loyang....
Panaskan kukusan.....sementara itu sediakan pula utk lapisan atas - sago biji....

Lapisan Atas - Sago Biji
Didihkan air dalam bekas yang sesuai...masukkan sago biji dan gula....kacau sehingga campuran ini sedikit pekat....
Campurkan jus pandan....masak lagi menggunakan api sederhana besar....( sementara menunggu campuran ini dikacau sehingga pekat....lapisan pertama tadi bolehlah dikukus dengan api besar lebihkurang 15 minit....)
Pastikan campuran sago biji dikacau selalu menggunakan api kecil sehingga sago biji separuh masak...campurkan kelapa parut...kacau lagi sehingga campuran pekat/likat....
Perlahan2.....tuangkan campuran sago biji keatas lapisan ubi kayu yang telah dikukus tadi....( pastikan air kukusan mencukupi...kalau kurang air kukusan perlu ditambah...)
Kukus lagi anggaran 20 minit dengan api besar....
Setelah masak...angkat kuih dari kukusan....biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...untuk memudahkan kuih dipotong ...lapikkan pisau dengan plastik...potonglah kuih mengiukut saiz kesukaan memasing...

Nota :
Kuih agak lembik ketika baru lepas dimasak....pastikan betul2 sejuk sebelum dipotong... masukkan kedalam fridge setelah kuih sejuk....keluarkan semula...proses memotong kuih jadi lebih 
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

No comments:

Post a Comment

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box