Talam Pandan Kacang Merah
Resepi : Queen OF Talam/ **Sinar Kehidupanku**Kak Yatie
Sumber 1: kakNieza http://nurniezza.blogspot.com/2011/12/talam-pandan-kacang-merah.html
BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci
1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk
1 cwn air*(* di kisar bersama)
1 1/2 cwn tepung beras
2 cwn santan sederhana pekat
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
1 cwn gula halus
sedikit garam
sedikit pewarna merah
CARANYA
Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
secubit garam
pewarna hijau
CARANYA
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
See you soon!
See you soon!
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,
Cantik & menarik talam ni. Sure taste good too!
ReplyDeleteSalam Abg Ady,
ReplyDeleteRajin nya abg buat talam, umi cuma rajin makan je...warnanya pun menarik sangat..rasanya pun mesti sedap kan..
assalam ady..cantikla talam yg ady buat ni.gabungan warna yg ceria kalau tgk rupa kuih talam saya buat tu pucat sebab tak bubuh pewarna byk sgt.kuih talam ni memang sedap:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Ady,
ReplyDeletetq sudi mencuba, menariknya kuih talam Ady ni...menawan hatilah..
kagum dengan gambar2 masakan abg ady ni...memang terbaek la! kite baru nak belajar2 buat talam skrg...
ReplyDeletesedapnyer adi.. akak mmg suka apa2 yg berkaitan dengan kacang merah...
ReplyDelete