Followers

Monday, May 13, 2013

Sotong Palembang

Sotong Palembang
Bahan-bahan:
1 kg sotong  -  buang dakwat sotong dan basuh bersih
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik)  ady guna 300ml santan  + 2 sudu makan kerisik.
1 cawan kicap lemak manis)
minyak 
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
5 biji cili padi - ni ady tambah
Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga 
Cara2 Sotong Palembang:
1. Rebus sotong  3 minit dalam periuk, letak sedikit garam. Toskan dan keluarkan sotong. ( kalau sotong saiz besar blh  potong kecil2 )
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan + kerisik.
4. Apabila kuah sudah kelihatan sedikit pekat,masukkan sotong dan gaul .
5. Tutup kuali dan biarkan seketika.
6. Masukkan garam dan kacau sekali-sekala sehingga kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

Happy Mondays!!!!

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

6 comments:

  1. sedapnyaaaa.... selalu sotong asyik masak sambal je... nti leh la tukar2 menu lain plak

    ReplyDelete
  2. Aduh mak ai..!! terlior dibuatnya...

    ReplyDelete
  3. waa.... versi sotong pula ye? nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  4. Assalamaualaikum Ady..nampak sedapppp je sotong ni...rasa teruja plak nak mencubanya juga

    ReplyDelete
  5. Salamekom Pakcikkkkkkk....sedap sengoti..siap nampak lagi sotong tu ada telur.Pakcik nie macam tau2 jerr makcik suka lauk yang kaler gelap2 nih...ermmmmm sedapnyerrr!!!

    ReplyDelete
  6. Nnt2 zila nk try jgk..nmpak sedao ne..

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box