Fruits Tart
Resepi CMG
Resepi CMG
NOTE : All
images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any
reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T
STEAL MY PICTURES or IDEAS( Presentation), it's not cool aND it's illegal!a
BAHAN KULIT
TART:
150 gram
tepung halus
25 gram gula
aising, diayak
70 gram
mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur,
dipukul sedikit
1/2 camca teh
esen vanilla
BAHAN KASTARD:
1 cawan susu
segar
1 1/2 camca
besar tepung kastard
1 1/2 camca
besar gula halus
1 camca teh
esen vanilla
1 camca besar
mentega
BAHAN-BAHAN
LAIN
Buah
starwberry segar
Buah peach,
hiris
(suka hati
kita nak letak buah apa2 pun blh ya)
Piping jelly-
yg ni ady tak gunakan..
CARA
MEMBUATNYA :-)
UNTUK KULIT
TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture
seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan
telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap.
Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan
tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk
sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan
pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan.
Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan
kemudian.
UNTUK KASTARD
:- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam
periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga
kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega.
Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
UNTUK FRESH
FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga
buah peach. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya,
kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi.
Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan
buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai.
Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
Speechless...sangat cantik, kemas dan teliti pembikinan tart ni..Org yg ada kesabaran yg tggi jer mampu buat ni...
ReplyDeleteMau buat hiasan camni...sayang nk makan hihi..cantik sangat hihi
Amboi2..cantekkknyerr...berseni sungguh hiasannya...mak oii,,,tangan seni aje yang boleh buat macam ni...kalau akak..lama hancusss..hikhikhik..
ReplyDeleteAdy tunjuklah step by step cara menghias...paling tidak bagitau guna pisau apa untuk potong buah jadi senipis tu...guna pisau untuk buat hiasan tu ke?
Assalamualaikum Ady mmg berseni ....cantik jer susunan buah tu...
ReplyDelete