Followers

Tuesday, February 16, 2016

Ayam Goreng Berempah



Ayam Goreng Berempah
NOTE : All images are the property of Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes and any reproduction is strictly prohibited. Let me make this clear: PLEASE DON"T STEAL MY PICTURES or IDEAS( Presentation), it's not cool aND it's illegal

Resepi: ovenkecil.blogspot.. nadz..
Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam

2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
(bahan ni di tumbuk atau dimesin kering halus)

*6 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*4 batang serai(ady lebih kan)
(bahan bertanda *ditumbuk atau diikisar kasar. Kalau halus tak sedap)

1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut dan daun kari -diracik halus
Beberapa daun kari

Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan: 
1.  Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2.  Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam.
3.  Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best.
4.  Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ni yang best .Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Then teruskan menggoreng hingga habis.
6.  Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

1 comment:

  1. Thanks Ash sbb cuba resepi ni...sedap kerak2 tempah ratus tu...nyummm

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box