Followers

Wednesday, November 23, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani

Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes


Ayam Goreng Berempah Beriani
 Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang 

Sumber:  HomeKreation - Kitchen Corner

 Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya
 Bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih 

 Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
Have a blessed week ahead! :)
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,

11 comments:

  1. Ady, akak tengok ayam goreng tu kan...adeei rasa nak meratah2 jek...terbau2 serainya segala2 tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Sedap makan dgn nasi lemak ni :-)

    ReplyDelete
  3. Abg Ady,
    sedapnya kalau dapat makan ayam ni dengan nasi lemak kan? ratah je pun sedap...nanti nak cuba la..tq kongsi resepi

    ReplyDelete
  4. aslmkm bro ady..uuiiihhh ayam tu mmg garingg, kalu ratah aje pun sodap tu..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ady,

    wah mmg betul tu Ady kata kak Ummi...rasa mmg nk meratah ayam tu...utk kak nur ada tk?? Sedap nampak dan terasa dh kat tekak nie...telan2 airliur nie...hahah.

    ReplyDelete
  6. Assalam ady, ayam goreng rempah beriani baru 3 hari lepas akak masak..memang sedap dibuat ratah..tengok ayam goreng ady ni nak mintaklah dalam 10 ketul boleh tak ady, nak buat lauk tengahari ni..heheh

    ReplyDelete
  7. Ady sedapnya ayam buat ratah2 aje.tak payah makan nasi dah!

    ReplyDelete
  8. Salam Ady...
    klu lauk yang cam ni...Rahel mkn ngan nasi putih jer..sedap banget.

    ReplyDelete
  9. ayam ni kalau dibuat goreng mesti licin...kita pun suka meratah..makan ngan nasi putih je dah sedap...hehhehe

    ReplyDelete
  10. sapa boleh tolak ayam goreng nih? everybody's favourite. yum yum!

    ReplyDelete
  11. Ady

    terfengsannnnn jap tgk golekan ayam tu!!!

    ReplyDelete

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box