Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes
Kek Marble Mewah
Resepi : http://dayangjack.blogspot.com/2011/07/kek-marble-mewah.html
bahan-bahan :
225 g tepung halus/superfine
250 g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
30 g krim keju (pada suhu bilik)
5 biji telur gred B (pada suhu bilik)
210 g gula kastor
80 ml susu segar [ ady tukar..guna buttermilk kek akan menjadi lemak ]
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil serbuk teh hijau / matcha + 1 sudu besar air panas (bancuhkan) [ady tukar.. guna warna apple green ]
1 sudu besar serbuk coklat/serbuk koko + 2 sudu besar air panas (bancuhkan)
sedikit pewarna oren
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengserkan loyang kek dengan mentega dan alaskan dengan kertas serap minyak / baking sheet.
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Putar mentega bersama krim keju dan ovalette hingga pucat.
Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga hancur dan kembang. (high speed)
Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu demi satu sambil diputar hingga sebati. (pastikan telur dimasukkan sebiji kemudian dikacau sebati, dan masuk lagi sebiji, kacau lagi. Ulangi proses hingga telur habis)
Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diselang selikan dengan susu segar. Putar dengan perlahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan serbuk teh hijau. Adunan kedua, dicampurkan dengan pes coklat/koko dan satu bahagian lagi diwarnakan oren. (boleh juga diberi perisa/warna lain)
Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli.
Bakarlah sehingga masak selama lebih kurang 50 minit. Suhu panas oven bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri.
Sejukkan kek setelah masak. Kek akan menjadi lebih mesra jika disimpan selama 1-2 hari.
Have A Nice Day,
Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,,